HomeGen Alpha(VIDEO) Ada kubur di dalam sekolah, dikatakan milik askar Jepun

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Ada kubur di dalam sekolah, dikatakan milik askar Jepun

Kita sering mendengar kisah sekolah yang asal usulnya merupakan tapak perkuburan askar Jepun.

Banyak juga kisah-kisah seram yang selalu dikaitkan dengan askar Jepun. Sebagai contoh, askar Jepun akan berkawad pada tengah malam dan tapak kasut mereka boleh didengari murid yang berada berdekatan.

Baca juga

(VIDEO) Guru bertindak membakar telefon, undang kemarahan warganet

(VIDEO) Murid lelaki kerap berbaju seragam, akhirnya guru PJ hadiahkan 2 helai baju sukan

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila satu video yang dikongsi oleh @dmiadarwisyah menunjukkan sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan, mempunyai satu kubur.

Menurut pemilik video itu, kubur di dalam kawasan sekolahnya itu merupakan kubur askar Jepun.

Namun, tiada bukti kukuh menunjukkan kubur itu adalah milik kepada askar Jepun yang sudah lama meninggal dunia.

@dmiadarwisyah

Bilaaa lg kannn ? 🥺

♬ Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan papan tanda adab menziarahi kubur dan sebuah kubur yang berada di dalam kawasan sekolahnya namun pemilik kubur itu masih belum diketahui.

Dengan tularnya video ini, ramai pengguna laman itu yang mengambil kesempatan untuk turut berkongsi kisah asal usul sekolah mereka.

@ainiimj: Rupanya semua padang sekolah kat malaysia ni kubur tentera Jepun dulu-dulu ke.

@t.dafdshah24: Sekolah saya dulu jadi hospital. Selepas tu padang jadi kubur Jepun.

@syafiqrstuv: Bangunan sekolah aku dulu hospital dan masih ada pintu untuk ke bawah tanah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Video yang tular itu kini sudah meraih lebih 1.8 juta tontonan dengan lebih 170,000 tanda suka.

Artikel Terkini