283816185_143554834919966_6772893778339971955_n
283816185_143554834919966_6772893778339971955_n

(VIDEO) “Alhamdulillah saya tidak sekolah lagi”, murid ‘gembira’ lihat sekolah terbakar

Adlan Farhan Azwan
27 May 2022 02:44pm
A
A
A

Kadang kala perlakuan anak-anak yang masih kecil memang sukar dijangka lebih-lebih lagi apabila berlaku sesuatu yang tidak difahami olehnya.

Kebiasaannya, mereka juga lebih cenderung untuk bersikap jujur dan bertindak mengeluarkan kata-kata tanpa sebarang pemikiran.

Artikel berkaitan

(VIDEO) Guru bertindak membakar telefon, undang kemarahan warganet

(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diri

Itulah yang berlaku di Indonesia apabila sebuah video telah tular di laman media sosial mengenai seorang murid yang begitu gembira dan bersyukur saat melihat sekolahnya kebakaran.

[video width="720" height="1280" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/05/283816185_143554834919966_6772893778339971955_n.mp4"][/video]

Dalam video tersebut menerusi laman Instagram @fakta.indo, dia merakam kejadian yang menimpa sekolahnya sambil meluahkan rasa bersyukur.

“Alhamdulillah, akhirnya saya tidak sekolah lagi,” katanya dalam video tersebut.

Berkemungkinan dia berkata sedemikian kerana menganggap bahawa jika sekolahnya sudah terbakar, dia sudah tidak perlu hadir pada setiap hari.

Difahamkan murid yang merakam video tersebut merupakan murid Sekolah Dasar (SD) yang bersamaan dengan Sekolah Rendah di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Gelagat murid ini juga turut mendapat perhatian pengguna laman media sosial yang rata-rata terkejut dengan tindakannya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pengguna laman itu menganggap ia sesuatu yang lucu kerana tidak menyangka wujud murid yang beranggapan sebegitu apabila melihat sekolahnya terbakar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan