HomeKomuniti(VIDEO) Cikgu sayu lihat keadaan rumah murid Tahun 1 selepas pemergian ibu...

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Cikgu sayu lihat keadaan rumah murid Tahun 1 selepas pemergian ibu akibat kanser mulut

Baru-baru ini, tular lagi satu video menerusi laman TikTok yang memaparkan keadaan rumah seorang murid yang baru sahaja dikejutkan dengan pemergian ibunya akibat daripada kanser mulut.

Dalam usaha negara mengejar pembangunan supaya mampu berdaya saing dari segi teknologi dan ekonomi dengan negara-negara lain, masih ramai lagi sebenarnya rakyat yang tidak mencukupi keperluan asas.

Kita sendiri boleh lihat bagaimana kesukaran yang terpaksa dijalani seharian terutamanya golongan berpendapatan rendah menerusi perkongsian yang dilakukan di laman media sosial.

Menurut pemilik video @reezmell, dia dan beberapa lagi guru pergi melawat ke rumah anak muridnya itu sejurus mendengar berita tentang pemergian ibu murid tersebut.

@reezmell

Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT🙏🏻 #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz❤️

“Kami datang melawat apabila mendapat tahu tentang kematian ibunya, tetapi dia tiada di rumah dan duduk rumah mak saudaranya untuk seketika,” katanya menerusi video tersebut.

Dalam video itu, kita boleh lihat sendiri keadaan rumah murid tersebut dan lima adik beradik lain yang sangat menyayat hati.

Kisah sedih yang terpaksa dipikul oleh murid sekecil itu telah mendapat perhatian pengguna laman media sosial yang rata-rata bersimpati atas nasib yang menimpa murid itu.

Kebanyakan daripada mereka juga menyeru agar pihak berkuasa untuk bertindak dengan kadar segera bagi membantu enam adik-beradik ini yang sememangnya sedang kesusahan.

@myvipasso5752: Di mana lokasi itu, mohon dipanjangkan ke wakil rakyat setempat. Daif sungguh tempat itu.

@fartzzy315: Kasihan sungguh, ada anak-anak susah tetapi tetap bersekolah , bagus didikan ibu bapa sebegini.

@effaanum: Mulianya hati cikgu-cikgu. Harap semoga adik itu tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Sedih sangat.

Artikel berkaitan

Terkejut dengan pemergian rakan-rakan, satu kelas turut rasa sayu

Keluarga terharu terima diploma arwah anak

Siswazah bertemu ajal kerana sakit kepala, ibu sebak ambil skrol ijazah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini