pelajar usas
pelajar usas

Terkejut dengan pemergian rakan-rakan, satu kelas turut rasa sayu

Adlan Farhan Azwan
12 May 2022 03:55pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer (Km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Ipoh, Perak, tengah malam tadi.

Mangsa yang terbabit dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (Chukai Terengganu); Iqbal Hasnun Halimi, 23, (Senai, Johor); Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, (Batu Caves, Selangor) dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

Baca juga

70 peratus asrama terbakar, 43 pelajar selamat ketika tarawih

Pelajar Tingkatan 4 temui ajal ketika latihan merentas desa

Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).

Difahamkan, semua pelajar itu sedang menuju ke Ipoh untuk tujuan rekreasi dengan menaiki kereta jenis Honda City yang disewa memandangkan tiada sesi kuliah semalam.

Susulan daripada itu, satu hantaran telah tular dan dikongsi oleh ramai pengguna di laman Facebook yang mana rata-rata turut meluahkan kesedihan di atas pemergian lima sahabat berkenaan.

“Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana semua rentung dalam kemalangan. Al-Fatihah.

“Al-Fatihah. Moga ALLAH limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga ALLAH berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,” menurut catatan berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok