guru unboxing mesin pencukur
guru unboxing mesin pencukur

(VIDEO) Guru ‘unboxing’ pencukur rambut, beri amaran buat pelajar

Adlan Farhan Azwan
14 Jun 2022 09:19am
A
A
A

Sejak kebelakangan ini, isu gunting rambut dalam kalangan pelajar sekolah menengah menjadi topik perbualan hangat.

Hal ini kerana terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju jika guru memotong rambut pelajar sebagai hukuman kerana rambut terlalu panjang.

Selain itu, ada juga beberapa cadangan yang diberikan oleh segelintir ibu bapa supaya sekolah memanggil tukang gunting untuk menggunting rambut pelajar.

Namun, cadangan itu telah menerima maklum balas yang kurang positif kerana kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan.

Baru-baru ini tular satu video menerusi laman TikTok apabila seorang guru melakukan ‘unboxing’ barangan yang dibelinya di Shopee ketika perhimpunan sedang berlangsung.

[embed]https://www.tiktok.com/@idijohan_angklung_/video/7108584066399718682?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Menurut guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mustaffa, Sekinchan, Selangor, Idi Johan Mohd Zohdi, beliau telah membeli barang tersebut seminggu yang lalu khas untuk pelajar di sekolah itu.

Setelah melakukan ‘unboxing’, beliau menunjukkan mesin pencukur rambut yang akan digunakan sekiranya terdapat pelajar yang berambut panjang dan tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kepada pelajar-pelajar yang rasa rambutnya tidak menepati piawaian atau standard pelajar sekolah, sila potong rambut petang ini.

“Ajak sesiapa dan potong rambut. Esok saya akan pastikan dan kita akan lihat rambut siapa yang akan merasmikan mesin rambut yang mahal ini,” katanya dalam video itu.

Apa yang dilakukan oleh guru tersebut adalah salah satu usaha pihak sekolah agar pelajar mematuhi peraturan yang sudah sekian lama ditetapkan.

Sebagai pelajar, patuhilah segala peraturan selagi mana ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri anda. Jangan risau, rambut boleh tumbuh semula.

Buat ibu bapa pula, luangkan masa sebentar untuk memantau kekemasan diri anak-anak anda agar ia tidak menjejaskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah.

Sumber: TikTok @idijohan_angklung_

Artikel berkaitan

Khidmat gunting rambut sekolah di Johor dapat sambutan ramai

Tip kemahiran menggunting. Guru dan ibu bapa boleh guna cara ini untuk ajar si kecil

Sebelum masuk sekolah, ibu bapa pastikan rambut anak digunting mengikut panduan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan