HomeGen AlphaAktivitiKhidmat gunting rambut sekolah di Johor dapat sambutan ramai

Artikel Berkaitan

Khidmat gunting rambut sekolah di Johor dapat sambutan ramai

Kebanyakan sekolah seluruh negara menjadikan program gunting rambut sebagai salah satu aktiviti wajib mereka setiap tahun.

Ini kerana, perkhidmatan gunting rambut berkenaan dilihat sebagai satu khidmat masyarakat yang diberikan pihak sekolah khusus untuk anak-anak didiknya.

Sehubungan itu, Unit Disiplin Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor baru-baru ini, telah menyediakan khidmat gunting rambut kepada murid-murid yang inginkan perkhidmatan tersebut.

Walaupun baru pertama kali diadakan, sambutan yang diterima cukup menggalakkan daripada warga sekolah.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Zaleha Daud berkata, seramai tiga tukang gunting telah diberi tanggungjawab menggunting rambut murid-murid ketika program berlangsung.

Ujar Zaleha, setiap murid yang mendaftar untuk menggunting hanya dikenakan caj bayaran sebanyak RM5.

Ketua program, Cikgu Mohamad Fadzil Edris pula memberitahu, aktiviti tersebut merupakan perkongsian pintar yang dibuat oleh sekolah dan pihak professional luar yang boleh menyumbang khidmat gunting rambut yang lebih baik.

“Ini merupakan projek pertama sekolah. Seramai 30 murid telah kita tawarkan untuk mendapatkan khidmat gunting rambut berkenaan.

“Objektif program adalah untuk membantu ibu bapa yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menghantar anak-anak mereka menggunting rambut di luar sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang bapa, Mohd Nor memuji program gunting rambut sekolah berkenaan.

“Bila ada program sebegini, sekurang-kurangnya ia membantu kami selaku ibu bapa yang tidak bekesempatan menghantar anak menggunting rambut di luar.

“Selain itu, caj yang lebih rendah sebanyak RM5 juga sangat berpatutan berbanding caj yang dikenakan di kedai luar,” ujarnya.

Akhir sekali, pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada tiga tukang gunting yang berkhidmat, pihak guru yang menguruskan dan ibu bapa yang memberi komitmen berterusan.

Diharapkan program bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Artikel berkaitan 

“Setiap malam mengigau seolah-olah dipukul” – bapa mangsa buli

Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini