murid-fasih-berbahasa-inggeris
murid-fasih-berbahasa-inggeris

(VIDEO) Murid fasih bahasa Inggeris tarik perhatian warganet, ayah turut kongsi tip mudah

Adlan Farhan Azwan
01 Jul 2022 02:52pm
A
A
A

Menguasai bahasa Inggeris sudah menjadi satu keperluan bagi semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringat yang lebih tinggi atau dalam bidang profesional.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang secukupnya.

Antara pendekatan yang boleh diambil ialah dengan menghantar anak ke kelas tambahan atau mengupah guru datang ke rumah.

Menerusi satu video di laman TikTok yang dimuat naik oleh @osman_affan, dia memilih untuk melatih anaknya bercakap bahasa Inggeris di dalam kereta setiap kali pulang dari sekolah.

[embed]https://www.tiktok.com/@osman_affan/video/7105879589745921306?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Dalam video yang berdurasi 39 saat itu, dia meminta anaknya itu untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang hari dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang menarik adalah murid yang masih berada di peringkat sekolah rendah itu mampu menjawab soalan daripada bapanya dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

Menurut ayahnya, itulah antara tip mudah yang boleh diajarkan kepada anak untuk melatih mereka berbahasa Inggeris.

Rata-rata pengguna laman itu kagum dengan kebolehan murid tersebut untuk berbahasa Inggeris dengan fasih.

@imansalsabil: Saya berharap suatu hari nanti supaya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris seperti dia.

@alkefulau: Ya. Sama cara saya. Biar mereka luah dalam bahasa Inggeris dan kita juga perlu berbual dengan mereka menggunakan ayat lengkap.

@thehappyday70: Ya Allah, fasih betul dia berbahasa Inggeris. Saya juga masih tersekat-sekat.

Artikel berkaitan

(VIDEO) Sokongan cikgu kepada pelajar ketika acara tarik tali, tarik perhatian warganet

Pelajar pengajian Islam dan bahasa Arab perlu kuasai bahasa Inggeris, ini sebabnya

Selalu buat kesilapan “grammar” Bahasa Inggeris? Ini aplikasi yang boleh bantu anda


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan