w
w

Webinar Naratif PdPR & SPM 2021 beri pencerahan dan kefahaman jelas mengenai persekolahan di Selangor

Roshlawaty Md Raieh
14 Oct 2021 06:55pm
A
A
A

Semalam telah berlangsungnya Program Webinar Naratif PdPR & SPM 2021 “You’ll Never Walk Alone” secara dalam talian di saluran rasmi YouTube Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Sesi webinar ini bertujuan memberi pencerahan dan kefahaman kepada semua pihak terutama ibu bapa berkenaan situasi semasa persekolahan anak-anak.

Pada masa yang sama, ia juga sebagai pemberitahuan kepada ibu bapa dan murid bahawa mereka tidak bersendirian dalam mengharungi dan mengurus cara belajar norma baharu.

Sebaliknya semua pihak akan turun sama menggembeleng idea, tenaga dan usaha dalam memastikan budaya pembelajaran dan pemudahcaraan baharu ini berhasil mencapai impak yang tinggi.

Dianjurkan Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (KPIBKS) dengan kerjasama rakan strategik Sinar Harian dan GPSBestari, webinar tersebut disertai empat panel hebat dan mantap dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPNS, Datin Nor Faridah A. Bakar; Focal Person PIBKS Negeri Selangor merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang, Mohamed Saufi Shafie; Pengerusi MGB Negeri Selangor merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra, Sukimin Juki dan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Rozaid Abdul Rahman.

Moderatornya ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama, Mohd Kamal Azizi Abdul Aziz.

Turut hadir pada sesi webinar itu ialah Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah, rakan KPIBKS Negeri Selangor, Pengetua dan Guru Besar, Yang DiPertua PIBG dan warganet.

Puji usaha semua pihak

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan PPD, Abdul Jalil, segala persiapan yang dilakukan pihak pentadbir dan guru-guru dalam bagi menyambut murid-murid untuk sesi persekolah secara bersemuka secara berperingkat seharusnya diberikan pujian.

Abdul Aziz

“Aspek keselamatan menjadi tumpuan utama pihak sekolah bagi memastikan segala SOP pengurusan Covid-19 dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

“Kepada AJK PIBG dan ibu bapa, dimohon dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan kelak.

“Peranan ibu bapa amat penting terutama ketika menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah. Kita kena memastikan anak-anak sentiasa mematuhi SOP ketika berada di sekolah dan juga di luar sekolah,” ujarnya.

Baca juga Pengacaraan sudah sebati dalam diri, Cikgu Ahmad Baqi asah bakat sejak di IPG

Baca juga Guru-guru jangan selalu tidur lambat, rupa-rupanya ini bahaya yang menanti

Dalam masa yang sama, Abdul Aziz turut menyentuh proses Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR).

“Walaupun sesi persekolahan bersemuka telah mula berjalan, sesi PdPR masih akan terus dilaksanakan kerana ada kumpulan murid akan terus berada di rumah.

“Dalam hal ini sudah pasti kerjasama semua pihak diperlukan bagi menjayakan sesi PdPR. Peranan guru dan ibu bapa saling lengkap melengkapi bagi memastikan pelaksanaan dan hasrat PdPR ini mencapai matlamat dan objektifnya,” jelasnya.

Sambung beliau, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh anak-anak semasa pelaksanaan PdPR berlangsung.

Masalah peranti pintar seperti komputer dan telefon bimbit serta masalah kebolehcapaian akses internet amat membataskan kelancaran sesi PdPR.

“JPNS berterima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa yang banyak membantu dalam menanggani masalah ini.

“Kepada jawatankuasa PIBG dan ibu bapa, marilah kita memastikan agenda pendidikan di kala pandemik Covid-19 ini dapat kita harungi bersama. Kerjasama antara ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah amat penting dalam menguruskan cabaran ini.

“Kepada pentadbir sekolah dan para guru, diminta untuk sentiasa membuka pintu kerjasama kepada ibu bapa serta komuniti setempat dan juga sektor swasta bagi menjayakan program-program di sekolah.

“Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” tuturnya.

SPM 2021, satu cabaran

Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia penghujung 2019, Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 merupakan calon yang berhadapan dengan cabaran amat besar dan hampir dua tahun sesi persekolahan mereka telah terjejas.

“SPM 2021 akan diadakan pada Mac 2022 iaitu lebih kurang lima bulan sahaja lagi. Peranan para guru, ibu bapa dan PIBG harus digembeling bersama-sama bagi membantu calon-calon ini.

“Saya percaya, kita masih mempunyai ruang untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan penting tersebut.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kepada pihak sekolah terutama guru-guru, marilah kita memastikan pelajar-pelajar ini mendapat input dan kemahiran yang sebaiknya untuk mereka menghadapi SPM tahun ini.

“Kita menyedari ada dalam kalangan anak-anak pelajar yang agak ketinggalan terutama dalam aspek kemahiran psikomotor dan kemahiran proses kerana kekangan menjalankan aktiviti amali yang dijalankan semasa proses PdPR. Justeru itu, apabila sesi pembelajaran bersemuka yang akan bermula pada minggu hadapan, gunakanlah sebaik mungkin bagi membantu mereka,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan