ProAlBi 2023 disertai 12 buah kolej komuniti di seluruh negara.
ProAlBi 2023 disertai 12 buah kolej komuniti di seluruh negara.

12 kolej komuniti di Malaysia sertai ProAlBi 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
25 Jun 2023 03:19pm
A
A
A

Bagi membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa, Projek Alam Bina 2023 (ProAlBi 2023) telah dianjurkan yang membabitkan penyertaan 12 buah kolej komuniti di seluruh negara.

Kolej komuniti yang terlibat dalam program itu terdiri daripada Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah; Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak; Kolej Komuniti Temerloh, Pahang; Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor; Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu dan Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan.

Turut serta, Kolej Komuniti Segamat, Johor; Kolej Komuniti Bentong, Pahang; Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor; Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak; Kolej Komuniti Selandar dan Kolej Komuniti Masjid Tanah, masing-masing di Melaka.

Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Mohd Noor Shahudin memuji penganjuran ProAlBi 2023 yang disifatkan sebagai inisiatif tepat dalam menggalakkan penuntut kolej komuniti dan institut pengajian tinggi (IPT) membudayakan inovasi dan kreativiti.

“Penganjuran program seperti ini memberi pendedahan dan galakan kepada penuntut dan pensyarah mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti.

“Ini kerana pembangunan inovasi yang bermutu dapat meningkatkan kualiti kerja, memberikan solusi berkesan kepada pelbagai masalah dan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan ProAlBi 2023 di Dewan Bandaran Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

No Image Caption

ProAlBi 2023 yang berlangsung selama dua hari dianjurkan Bahagian Kurikulum JPPKK dengan kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan.

Artikel Berkaitan:

Bertemakan Alam Bina DiDorong Industri, ProAlBi 2023 disertai mahasiswa program Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina yang mempamerkan penghasilan produk melalui mata pelajaran projek ketika pengajian semester ketiga.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, inovasi tidak hanya mempamerkan kecekapan dan kemahiran seseorang mahasiswa, sebaliknya, ia melahirkan penuntut berdaya saing seiring kemahiran yang diperolehi.

Ujar beliau, modal insan yang berkemahiran merupakan teras kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif dan lebih kompetetif dalam mengharungi cabaran di masa hadapan.

Dalam pada itu, pelbagai elemen kreativiti, pemikiran kritis dan semangat keusahawanan berjaya dicungkil sepanjang proses penghasilan produk.

“Program dan aktiviti seumpama ini wajar diadakan setiap tahun supaya mahasiswa diberi ruang mengetengahkan ciptaan masing-masing.

“Dengan peluang tersebut, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi budaya kepada generasi muda untuk terus membangunkan inovasi kreatif pada masa depan,” ujar Mohd Noor.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok