Penerima anugerah khas bagi kategori Pingat Emas Canselor, Presiden dan Kecemerlangan, Mohd Shukri Yazid bersama Tengku Sarafudin Badlishah (tengah) dan Dr Mohd Shukri (tiga dari kiri).
Penerima anugerah khas bagi kategori Pingat Emas Canselor, Presiden dan Kecemerlangan, Mohd Shukri Yazid bersama Tengku Sarafudin Badlishah (tengah) dan Dr Mohd Shukri (tiga dari kiri).

2,253 graduan MSU dirai sempena konvokesyen ke-33

27 May 2024 11:00am
A
A
A

Seramai 2,253 graduan dianugerahkan skrol hasil pencapaian dalam pelbagai bidang sempena Istiadat Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-33 yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis lalu.

Daripada jumlah keseluruhan, seramai 25 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) diikuti Ijazah Sarjana (42 graduan), Ijazah Sarjana Muda (1,285 graduan), manakala seramai 901 graduan lagi menerima Diploma.

Pada masa sama, istiadat konvokesyen yang berlangsung di Dewan Canselor MSU itu menyaksikan kejayaan enam program pengajian universiti melahirkan graduan sulung masing-masing.

Enam program pengajian itu ialah Sarjana Perniagaan Fesyen, Sarjana Perniagaan Antarabangsa, Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Produk (Kepujian), Sarjana Muda Penyiaran (Kepujian) serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Penerbangan (Kepujian).

“Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) merekodkan bilangan graduan tertinggi dengan 30 program.

“Fakulti Pengurusan dan Pengajian Profesional (FBMP) pula menyumbang kohort terbesar graduan iaitu seramai 838 orang,” kata MSU.

Istiadat konvokesyen disempurnakan Canselor MSU yang juga Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan disaksikan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan universiti.

Istiadat turut menyaksikan seramai 29 graduan antarabangsa menerima skrol.

Artikel Berkaitan:

Graduan Ijazah Sarjana Muda Nutrisi (Kepujian), Wiksa Vino Vicheet dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, manakala graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Lenny Juvena Azmi; Kow Ee Vone (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri dengan Kepujian) dan Wan Nor Athirah Wan Nor Azam (Diploma Seni Kulinari) masing-masing menerima Anugerah Presiden.

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian, Farhanis Alisya Farizal menerima Anugerah Kecemerlangan Mohd Shukri Yajid, manakala 28 lagi menerima Anugerah Akademik dan 26 graduan menerima Anugerah Industri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok