Seramai 2,447 graduan daripada 126 program pengajian diraikan pada istiadat Konvokesyen MSU ke-34 di Selangor pada Sabtu lalu.
Seramai 2,447 graduan daripada 126 program pengajian diraikan pada istiadat Konvokesyen MSU ke-34 di Selangor pada Sabtu lalu.

2,447 pelajar MSU sedia tempuhi cabaran kerjaya

MOHD AZLIM ZAINURYMOHD AZLIM ZAINURY
09 Dec 2024 11:32am

Seramai 2,447 graduan daripada 126 program pengajian diraikan dalam Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-34 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lalu.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, kesemua graduan itu melibatkan 35 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Ijazah Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).

Menurutnya, Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) telah melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian.

“Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan,” katanya.

Berkenan berangkat menyempurnakan konvokesyen itu, Raja Muda Kedah yang juga Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sallehuddin.

Sebanyak lima kategori anugerah khas kecemerlangan diberikan kepada 53 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian mereka.

Anugerah Pingat Emas Canselor diberikan kepada Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim (Bachelor in Culinary Arts); Anugerah Presiden, Hariharan Vathemurthy (Bachelor in Forensic Science) dan Kiong Wei Yi (Diploma in Ophthalmic Dispensing).

Raja Muda Kedah merangkap Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menyampaikan Anugerah Emas Canselor kepada Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim pada Majlis Konvokesyen ke-34 Management and Science University (MSU) pada Sabtu.
FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Raja Muda Kedah merangkap Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menyampaikan Anugerah Emas Canselor kepada Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim pada Majlis Konvokesyen ke-34 Management and Science University (MSU) pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Artikel Berkaitan:

Mohd Shukri Yajid Outstanding Award pula diberikan kepada Eizah Eriyana Suzare (Bachelor in Outdoor Recreation Management) dan Lifelong Learning Award kepada Chung Hwee Lian (Diploma in Games Design and Animation).

Selain itu, seramai 48 graduan turut menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, MSU merupakan universiti terbaik di Malaysia dan global berjaya menawarkan program pengajian berkualiti untuk melahirkan graduan kompeten, seimbang, holistik serta dilengkapi kemahiran insaniah dan ilmu teknikal, selain mempunyai jaringan sosial yang meluas.

Jelas beliau, pelbagai pengiktirafan diperoleh MSU merupakan penanda aras kepada keberkesanan enam indikator inisiatif universiti iaitu industri dan kebolehpasaran, keusahawanan, pengantarabangsaan, penyelidikan, kelestarian program bersama komuniti serta pendidikan fleksibel juga pembelajaran sepanjang hayat.

“Antara pencapaian lain sepanjang lebih empat dekad penubuhan MSU termasuklah berada pada kedudukan 580 dalam QS World University Rankings (WUR) 2025 dan ranking 801 hingga 1,000 dalam Times Higher Education (THE) WUR 2025,” jelasnya.

Sementara itu, Che Ku Nur Afiqah yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan berikrar untuk memajukan dirinya dan keluarga.

Penerima Anugerah Emas Canselor, Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim bergambar bersama ibu dan bapanya pada Majlis Konvokesyen ke-34 Management and Science University (MSU) pada Sabtu.
FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Penerima Anugerah Emas Canselor, Che Ku Nur Afiqah Che Ku Hashim bergambar bersama ibu dan bapanya pada Majlis Konvokesyen ke-34 Management and Science University (MSU) pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Saya juga akan menjadikan anugerah ini sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam hidup dan menceburi bidang yang lebih mencabar. Ia bagi memastikan ilmu saya peroleh di MSU ini, dapat digunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp