Penuntut Universitas Syedza Saintika mengikuti pelbagai aktiviti menarik sepanjang program pertukaran pelajar berlangsung di KPJU.
Penuntut Universitas Syedza Saintika mengikuti pelbagai aktiviti menarik sepanjang program pertukaran pelajar berlangsung di KPJU.

26 mahasiswa Universitas Syedza Saintika sertai program pertukaran pelajar di KPJU

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Nov 2024 02:20pm

Seramai 26 mahasiswa Fakulti Kejururawatan, Universitas Syedza Saintika, Padang, Indonesia mengikuti program pertukaran pelajar di KPJ Healthcare University (KPJU) sekali gus memberikan pengalaman berharga kepada mereka.

Program yang mengambil masa selama dua minggu itu, menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para peserta.

Antara yang diikuti mereka adalah menjalani sesi pembelajaran intensif di KPJU, aktiviti klinikal dalam bidang kejururawatan, sesi riadah dan program menarik anjuran universiti swasta itu.

Seterusnya, penuntut Universitas Syedza Saintika turut menjalani kehidupan harian bersama warga KPJU sekali gus memberi mereka peluang merasai budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejururawatan, KPJU, Profesor Madya Dr Nurul Fariza Mohd Mustafa berkata, program pertukaran pelajar bertujuan memperkukuhkan hubungan akademik dengan kedua-dua negara dan memberi pendedahan tentang pendekatan kejururawatan yang berbeza.

No Image Caption

"Kolaborasi ini adalah peluang keemasan untuk memperkayakan pengalaman pelajar dalam memahami amalan kejururawatan di peringkat antarabangsa.

"Ia bukan sahaja memberi peluang kepada penuntut Indonesia belajar di persekitaran baru, tetapi juga membuka mata mereka terhadap perbezaan sistem kesihatan dan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah pengalaman pembelajaran yang tidak ternilai," ujarnya.

Akhir sekali, program pertukaran pelajar dijangka diteruskan lagi dengan harapan ingin memperluas kolaborasi pendidikan kesihatan antara kedua-dua negara berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp