CFinder mempunyai kemampuan mengesan, mengenal pasti dan memberitahu pengguna tentang warna objek tertentu.
CFinder mempunyai kemampuan mengesan, mengenal pasti dan memberitahu pengguna tentang warna objek tertentu.

5 penyelidik UTM bangunkan alat khas untuk bantu golongan buta warna

ROSHLAWATY MD RAIEH
14 Feb 2023 06:39pm
A
A
A

Sekumpulan penyelidik dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membangunkan sejenis alat khas bagi membantu golongan buta warna di negara ini.

Alat yang dikenali CFinder itu mempunyai kemampuan untuk mengesan, mengenal pasti dan memberitahu pengguna tentang warna objek tertentu.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Ir Dr Mohd Zarhamdy Md Zain, buta warna terbahagi kepada dua jenis.

“Yang pertama, individu yang tidak dapat membezakan warna merah dan hijau.

“Jenis kedua pula, individu yang hanya boleh melihat beberapa warna sahaja manakala orang lain boleh melihat pelbagai jenis warna,” ujarnya yang turut bergabung idea bersama Dr Maziah Mohamad, Dr Syahril Ramadhan, Dr Norazila Othman dan Dr Mastura Ab Wahid dalam membangunkan CFinder.

Sementara itu, Mohd Zarhamdy berkata, beberapa penambahbaikan sedang dilakukan dalam CFinder.

“Antaranya kami mengecilkan saiz dan juga menggunakan pembesar suara yang lebih ‘mesra pengguna’ untuk digunakan di tempat awam.

“Tujuannya bagi memudahkan pengguna CFinder menyimpan alat di dalam poket seluar atau beg tangan dan seterusnya boleh digunakan bila-bila masa apabila diperlukan,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

INFO

1) Buta warna merupakan kesukaran atau ketidakupayaan seseorang individu dalam membezakan warna.

2) Orang yang buta warna tidak boleh membezakan antara warna merah dan hijau dalam hampir semua kes. Bagaimanapun, dalam beberapa kes yang kurang biasa, orang yang buta warna tidak dapat membezakan antara kuning dan biru.

3) Buta warna boleh disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti

  • Keturunan
  • Penyakit-penyakit seperti glaukoma, degenerasi makula, kencing manis, retinopati, parkinson, alzheimer dan sklerosis berbilang.
  • Mengambil beberapa ubat antaranya ubat antipsikotik chlorpromazine (Thorazine), thioridazine (Mellaril) dan etambutol antibiotik (Myambutol)
  • Mempunyai katarak

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok