UniMAP meraih enam pingat pada AYIA 2023 yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
UniMAP meraih enam pingat pada AYIA 2023 yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

6 produk penyelidik muda UniMAP gondol pingat di AYIA 2023

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
22 Mar 2023 03:32pm

Sebanyak enam produk penyelidik muda Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih pingat pada Asian Youth Innovation Awards (AYIA) 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Para penyelidik muda berkenaan membuktikan kecemerlangan apabila memperoleh tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa termasuk Anugerah Khas pada majlis anugerah yang diadakan sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 tersebut.

Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Ts Dr Zaliman Sauli berkata, UniMAP menghantar sebanyak enam produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam; Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia serta Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal.

“Lebih membanggakan produk penyelidikan mahasiswa, Nor Amirah Azwa Norizal dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia bertajuk Fabrikasi Nanoemulsi berasaskan Minyak Pati Origanum Vulgare (Oregano) untuk Aplikasi Selepas Penuaian Mangga bukan sahaja mendapat pingat emas tetapi dinobatkan Anugerah Khas Leading Innovation.

“Inovasi berkenaan menggunakan Nanoemulsi Origanum Vulgare daripada pati minyak direka bentuk dan dibangunkan semula bertujuan melindungi buah mangga daripada jangkitan kulat selepas proses penuaian,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penyampaian anugerah di WTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam majlis berkenaan, Presiden Persatuan STEM Kebangsaan Malaysia, Professor Emeritus Datuk Dr Noraini Idris telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada pemenang.

Zaliman menambah, produk yang menerima Anugerah Khas daripada Macao Innovation and Invention Association tersebut mampu menghilangkan sehingga 75 peratus jangkitan kulat pada buah tanpa menjejaskan kualiti mangga itu.

“Pencapaian cemerlang ini membuktikan UniMAP sentiasa mementingkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar sekali gus dapat mengetengahkan bakat mereka.

Artikel Berkaitan:

“Pertandingan inovasi ini juga dapat menggilap bakat-bakat mahasiswa supaya lebih kreatif, responsif dan berdaya saing,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp