Kolej Komuniti Selandar muncul juara dalam ProAlbi 2024 baru-baru ini.
Kolej Komuniti Selandar muncul juara dalam ProAlbi 2024 baru-baru ini.

Alam Bina penanda aras TVET

MOHD ANAS BAHARUDIN
23 May 2024 09:26am
A
A
A

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Projek Alam Bina Tahun 2024 (ProAlBi 2024) dengan tema ‘Kelestarian Alam Bina’.

Fokus utama kelangsungan ProAIBi 2024 yang bermula 14 hingga 16 Mei lepas, untuk mendedahkan pelajar kepada program berskala besar selari Lonjakan 4 PPPM-PT untuk menghasilkan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berkualiti.

Ia juga dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan bidang Kejuruteraan Awam dan Alam Bina serta mendedahkan teknologi terkini dalam industri pembinaan di Malaysia.

Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Temerloh, Mohd Yusri Othman semasa ucapan pengulungannya berkata, semua projek dipamerkan oleh para pelajar memberi impak yang berkesan, malah membuktikan keinginan mereka untuk mendalami bidang Alam Bina.

No Image Caption

Beliau menyuarakan harapan agar projek sebegini diteruskan supaya ia menjadi landasan kental untuk melahirkan graduan yang berkemahiran holistik.

Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, Kamaludin Daud turut meluahkan harapan untuk membentuk graduan TVET secara holistik.

“Diharapkan, usaha ini dapat mewujudkan pelapis negara dan tulang belakang industri pembinaan sekali gus menaikkan nama JPPKK sebagai institusi TVET terkemuka di mata dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

ProAlbi 2024 membabitkan sejumlah 40 pasukan dan 75 peserta seluruh Malaysia termasuk penglibatan antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.

Para peserta mempamerkan produk inovasi hasil pengajian pelajar Kejuruteraan Awam dan Alam Bina.

Untuk rekod, juara ProAlbi 2024 digondol oleh peserta Kolej Komuniti Selandar, Melaka menerusi Bridge Vibes sekali gus membawa pulang piala dan sijil pemenang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok