Muhammad Kamil mendengar taklimat ketika meninjau keadaan kawasan kebakaran di parkir aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra UniMAP.
Muhammad Kamil mendengar taklimat ketika meninjau keadaan kawasan kebakaran di parkir aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra UniMAP.

Anwar sampaikan sumbangan buat pelajar UniMAP terkesan akibat kebakaran

15 May 2024 01:35pm
A
A
A

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terkesan dalam insiden kebakaran di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim pada Isnin.

"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya, insya-ALLAH," menurut catatan itu.

Muhammad Kamil (kiri) menyerahkan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada pelajar UniMAP.
Muhammad Kamil (kiri) menyerahkan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada pelajar UniMAP.

Pada 11 Mei lepas, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 buah lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pada 4.43 pagi.

Dalam laporan media, pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata, pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Perdana Menteri yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muhammad Kamil menyerahkan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada pelajar UniMAP.
Muhammad Kamil menyerahkan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada pelajar UniMAP.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok