No Image Caption

Belanjawan 2025: UniSZA harap IPTA dapat lebih banyak peruntukan

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
17 Oct 2024 06:32pm

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan lebih banyak peruntukan disalurkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok (Jumaat).

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, UniSZA khususnya amat memerlukan peruntukan lebih besar bagi membangunkan tiga aspek penting universiti iaitu modal insan, pembangunan fizikal dan projek serta program pendigitalan.

Menurut Fadzli, beliau yakin kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim peka dan prihatin dengan kebajikan universiti sebagai pusat lahirnya golongan profesional, pemikir dan cendekiawan yang menjadi tulang belakang negara.

"Pertamanya peruntukan lebih tinggi diperlukan UniSZA untuk fokus kepada pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa melalui program pembentukan kepimpinan, keusahawanan dan bakat.

"Keduanya peruntukan itu dapat disalurkan untuk membina serta membaik pulih kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif untuk pelajar," katanya.

Selain itu, Fadzli berkata, UniSZA juga ingin memberi tumpuan kepada aspek pendigitalan universiti iaitudapat meningkatkan elemen teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) seiring dengan perkembangan teknologi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp