Antara aktiviti yang diikuti peserta dalam Superhero Training Camp: Melatih Keberanian, Meraih Impian baru-baru ini.
Antara aktiviti yang diikuti peserta dalam Superhero Training Camp: Melatih Keberanian, Meraih Impian baru-baru ini.

CSR UiTM untuk murid SK Seksyen 24

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 May 2024 06:09pm

Baru-baru ini, seramai 22 mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikenali Superhero Training Camp: Melatih Keberanian, Meraih Impian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 24 di sini.

CSR yang dikendalikan mahasiswa dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Sekretariat Kolej Anggerik UiTM Shah Alam itu bertujuan memperkuatkan hubungan antara komuniti dan memupuk aktiviti kemasyarakatan di peringkat universiti.

Dalam masa sama, ia berobjektif mengukuhkan keyakinan peserta, menghasilkan semangat keberanian, membina daya kekuatan fizikal dan mental para peserta.

Menurut Pengetua Kolej Anggerik, Ts Dr Noradzhar Baba, universiti mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan kemahiran dan kepakaran ke sekolah yang dapat dimanfaatkan murid-murid SK Seksyen 24 dan komuniti setempat.

Katanya, peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai sasaran supaya kelestarian masyarakat setempat dapat diteruskan.

Sementara itu, Guru Besar, Cikgu Rafeah Basri merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan mahasiswa yang telah menjadi fasilitator dalam program tersebut.

“Banyak impak positif yang diperoleh murid dan pihak sekolah.

“Jika ada peluang, ia mungkin boleh dianjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Superhero Training Camp, Melatih Keberanian, Meraih Impian dirasmikan Mohd Yusof Mustaffar iaitu Pegawai Khas kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp