Program Batik Seni Warisan Negara bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang seni batik.
Program Batik Seni Warisan Negara bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang seni batik.

Dedah peserta dengan keindahan seni batik

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Jul 2024 02:43pm

Batik adalah salah satu warisan budaya yang memiliki nilai seni dan sejarah sangat tinggi.

Bagaimanapun, kesenian dan keindahan batik dilihat kian dilupakan oleh generasi muda hari ini.

Bagi mengekalkan warisan batik daripada terus suram dan dilupakan, seramai 64 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Batik Seni Warisan Negara di Dewan Putra, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM.

Penganjuran program oleh Kursus Batik Canting, UPM bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda tentang seni batik yang merupakan warisan budaya kebanggaan masyarakat Melayu sekali gus memastikan tradisi mencanting batik terus berkembang kelak.

Pengarah Program, Asma' Maisarah Ahmad Saibudin berkata, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para peserta.

“Antaranya, cara mencanting, mewarna dan pelbagai teknik lain dalam pembuatan batik.

No Image Caption

“Turut diadakan pameran batik dan jualan bermotifkan batik kepada peserta dan pengunjung yang hadir dalam program tersebut,” katanya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pengarah, PKPP, UPM, TS Dr Rozzamri Ashari berkata, program sebegini cukup bagus dalam memberi pendedahan kepada generasi muda meningkatkan penghayatan seni batik yang semakin berkurang.

“Ia dapat dijadikan medium kepada lapisan masyarakat mengenali dan menghargai tentang batik melalui aktiviti disediakan.

“Saya yakin dan percaya bahawa program ini dapat memberikan banyak input dan impak kepada setiap individu,”ujarnya.

Sementara itu, peserta, Lim Zi Wei berkata, pelbagai pengalaman menarik diperoleh sepanjang menyertai program tersebut dan berharap dapat menyertainya lagi.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp