No Image Caption

Dermasiswa B40 untuk pelajar TVET

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
31 Jul 2023 04:35pm
A
A
A

Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa dana yang mencukupi kadang kala menimbulkan kebuntuan dalam kalangan pelajar.

Justeru, tidak hairan jika ramai antara mereka yang memilih untuk membatalkan hasrat tersebut.

Bagaimanapun jangan risau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka penajaan kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Penajaan di bawah Dermasiswa B40 (DB40) itu terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dengan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sama ada di universiti awam, politeknik atau institut kemahiran awam.

Permohonan DB40 dibuka bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan dengan beberapa syarat seperti;

a) Warganegara Malaysia.

b) Mempunyai kesihatan yang baik.

c) Menduduki SPM 2022 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, swasta atau calon persendirian.

Artikel Berkaitan:

d) Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

e) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

f) Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849 sebulan dan ke bawah.

Sebarang pertanyaan atau permohonan dan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang JPA.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok