Penasihat Undang-Undang Diraja DPDDM, Ahmad Nazib Johari (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Noor Inayah sejurus berakhirnya majlis khas di Auditorium UCMI.
Penasihat Undang-Undang Diraja DPDDM, Ahmad Nazib Johari (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Noor Inayah sejurus berakhirnya majlis khas di Auditorium UCMI.

DPDDM & UCMI raikan bakal pelajar PhD, perkukuh kerjasama strategik pendidikan

24 Dec 2025 08:30am

Dewan Perniagaan Datuk-Dato Malaysia (DPDDM) menganjurkan satu majlis khas bagi meraikan bakal pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kalangan ahli DPDDM yang akan melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI). 

Majlis yang berlangsung di Auditorium UCMI ini bukan sahaja bertujuan memberi pengiktirafan kepada pencapaian akademik ahli-ahli DPDDM, malah menjadi platform kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan negara.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi dalam ucapannya menjelaskan bahawa DPDDM secara konsisten memainkan peranan aktif dalam menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan kepimpinan korporat dan usahawan.

"DPDDM menjadi landasan dan jambatan emas yang menghubungkan pihak-pihak pemegang taruh di semua peringkat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, demi memperkasakan pembangunan pendidikan di negara kita," katanya.

Nor Hasnal
Nor Hasnal

Menurut beliau, DPDDM bukan sekadar sebuah badan perniagaan, malah berfungsi sebagai platform pemerkasaan intelektual dan pembangunan kepimpinan, dengan menggalakkan ahli-ahlinya meningkatkan kelayakan akademik, keupayaan penyelidikan serta pemikiran strategik selari dengan keperluan ekonomi semasa.

Tambah beliau lagi, penglibatan ahli DPDDM di peringkat PhD dilihat sebagai usaha melahirkan pemimpin industri yang berteraskan ilmu, beretika dan berwawasan, sekali gus mampu menyumbang pandangan bernilai kepada pembentukan dasar, inovasi serta pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

Nor Hasnal (tiga dari kiri) turut menyerahkan cenderamata kepada Noor Inayah, menandakan penghargaan atas sumbangan dan kehadirannya dalam majlis tersebut.
Nor Hasnal (tiga dari kiri) turut menyerahkan cenderamata kepada Noor Inayah, menandakan penghargaan atas sumbangan dan kehadirannya dalam majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, UCMI, Datuk Seri Profesor Dr Noor Inayah Yaakub merakamkan penghargaan kepada DPDDM atas kepercayaan dan komitmen yang ditunjukkan dalam menjadikan UCMI sebagai rakan strategik pendidikan.

Beliau menegaskan bahawa UCMI komited menyediakan persekitaran akademik yang kondusif, tenaga akademik berpengalaman serta sokongan penyelidikan berimpak tinggi bagi memastikan kelestarian kualiti pengajian di peringkat PhD.

Akhir sekali, kerjasama strategik antara DPDDM dan UCMI ini dilihat sebagai satu pendekatan sinergi yang menggabungkan kekuatan industri dan kepakaran akademik, selari dengan aspirasi negara untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan serta modal insan berprestasi tinggi. 

No Image Caption

Ringkasan AI

  • Dewan Perniagaan Datuk-Dato Malaysia menganjurkan majlis khas untuk melanjutkan pengajian PhD di UCMI
  • Majlis tersebut sebagai platform pengiktirafan dan perbincangan kerjasama antara DPDDM dan UCMI untuk pembangunan pendidikan
  • DPDDM memainkan peranan aktif dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kepimpinan dalam kalangan usahawan
  • Penglibatan ahli DPDDM di peringkat PhD untuk melahirkan pemimpin industri yang berilmu dan beretika
  • Kerjasama DPDDM dan UCMI merupakan pendekatan sinergi untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp