Disebabkan minat mendalam terhadap dunia automotif, ditambah sifat berani dan keinginan untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan, Nurul Hafizah nekad menceburi bidang yang jarang disertai pelajar wanita. Foto: FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu
Disebabkan minat mendalam terhadap dunia automotif, ditambah sifat berani dan keinginan untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan, Nurul Hafizah nekad menceburi bidang yang jarang disertai pelajar wanita. Foto: FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu

Dulu belajar jahit, kini baiki enjin! Nurul Hafizah buktikan wanita juga mampu jadi mekanik hebat negara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Aug 2025 11:32am

Jarang sekali kita melihat kelibat pelajar wanita yang berani menceburi dunia automotif.

Bagi kebanyakan mereka, bidang itu bukan sahaja dipenuhi pelbagai cabaran teknikal, malah menuntut kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang gadis kampung yang dikenali sebagai Nurul Hafizah Zaharudin, 20 tahun.

Berasal dari Kampung Lepan Kejur, Jerteh, Terengganu, Nurul Hafizah kini ligat mempelajari selok-belok dunia automotif di Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu sekali gus mencabar persepsi bahawa wanita hanya sesuai dalam bidang yang 'lembut' dan konvensional.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Nurul Hafizah dikatakan terlebih dahulu mengikuti kemahiran menjahit di GiatMARA Besut, Alor Lintang, Besut.

Foto: FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu
Foto: FB RASMI Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu

Disebabkan terlalu meminati dunia automotif, ditambah pula dengan sifat berani dan gemar mencuba sesuatu yang luar biasa, Nurul Hafizah sanggup memilih bidang itu dan berharap mampu menguasainya dengan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Bestari di ruangan komen media sosial mendapati, warganet memuji semangat dan kegigihan anak kedua daripada empat adik beradik itu yang sanggup memilih kemahiran automotif berbanding bidang jahitan.

"Bangga tengok anak muda perempuan berani ceburi bidang automotif. Semoga terus berjaya dan jadi contoh kepada remaja lain!" - nurfatihah.z_

"Walaupun bidang ini lasak, tapi Nurul Hafizah buktikan wanita pun mampu! Respect." - amirizzuddin

"Semangat dia luar biasa. Moga terus maju dan buktikan wanita pun boleh jadi pakar automotif negara!" - siti_hasanah

"Tak ramai pelajar perempuan sanggup masuk bidang ini. Kagum tengok semangat dia. Teruskan!" - azmanworkshop

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp