Pencapaian mereka menunjukkan bahawa laluan TVETMARA bukan sekadar melahirkan tenaga mahir, malah membuka peluang luas untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, setanding dengan laluan akademik konvensional.
Pencapaian mereka menunjukkan bahawa laluan TVETMARA bukan sekadar melahirkan tenaga mahir, malah membuka peluang luas untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, setanding dengan laluan akademik konvensional.

Empat alumni TVETMARA melangkah ke Jerman! Hebat anak Malaysia

21 Jan 2026 05:46pm

Kejayaan empat alumni Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang bakal melanjutkan pengajian ke Jerman membuktikan bahawa laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membawa pelajar ke pentas global.

Dua alumni MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang, Selangor, Ahmad Afnan Husaini Ayob dan Muhammad Nur Harith Abd Aziz terpilih menyambung pengajian ke University of Applied Sciences Schmalkalden, Jerman.

Mereka akan mengikuti program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik dan Automasi), bidang berteknologi tinggi yang selari dengan keperluan industri masa kini.

Manakala alumni Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya, Muhammad Syuaib Soleh Hasnizam dan Muhammad Tasnim Faithal Sani pula akan mengikuti Bachelor Programme in Electrical Engineering and Information Technology di universiti yang sama.

Menurut perkongsian TVETMARA di Facebook, pencapaian itu menunjukkan bahawa laluan TVETMARA bukan sekadar melahirkan tenaga mahir, malah membuka peluang luas untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, setanding dengan laluan akademik konvensional.

Ia turut mencerminkan keupayaan graduan TVETMARA menyesuaikan diri dengan standard pembelajaran dan teknologi bertaraf dunia sekali gus membuktikan bahawa pendidikan TVET bukan pilihan kedua, sebaliknya laluan berkesan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kejayaan empat alumni Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pengajian ke Jerman menunjukkan efektivitas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Dua alumni MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dipilih untuk pengajian kejuruteraan elektronik di University of Applied Sciences Schmalkalden, Jerman
  • Dua alumni KKTM Petaling Jaya akan mengikuti program kejuruteraan elektrik dan teknologi maklumat di universiti yang sama
  • Pencapaian ini membuktikan laluan TVETMARA membuka peluang untuk melanjutkan pengajian di luar negara, setaraf dengan pendidikan akademik
  • Mencerminkan kemampuan graduan TVET dalam menyesuaikan diri dengan standard pembelajaran dan teknologi bertaraf dunia, mengangkat TVET sebagai pilihan utama bagi pengembangan kemahiran
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp