Allahyarham NurAsyraf Afif maut dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Kota Tinggi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.
Allahyarham NurAsyraf Afif maut dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Kota Tinggi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Facebook KV Kota Tinggi dibanjiri doa & ucapan sayu buat arwah Nurasyraf Afif

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Mar 2025 09:49pm

Kolej Vokasional (KV) Kota Tinggi, Johor kehilangan sebutir permata berharga apabila salah seorang pelajarnya meninggal dunia pada Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin, Nurasyraf Afif Abdul Ghafar, 20, yang memandu kereta Perodua Kancil maut dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Kota Tinggi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Pemergian mengejut ini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan warga kolej.

Justeru, satu hantaran telah di muat naik di Facebook KV Kota Tinggi sebagai pemakluman kepada warga maya.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Nur Asyraf Afif Abd Ghafar ( 2DVM DMB / Kimpalan). Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," catat mereka.

Di ruangan komen, kelihatan warganet menitipkan doa dan ucapan buat arwah yang terkenal sebagai pelajar baik, rajin dan disenangi ramai.

"Semoga keluarga tabah menerima ujian ini dan roh arwah ditempatkan di syurgaNya. Al-Fatihah."

"Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sedih ini. Arwah seorang insan baik, berbudi pekerti mulia dan disayangi semua orang."

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH mengampuni segala dosa dan memberinya kedamaian di alam sana."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp