Fakhirah Hazirah (kanan) dan Ying Xuan (kiri), masing-masing diumum penerima Anugerah Pelajaran Diraja UTeM sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke 20.
Fakhirah Hazirah (kanan) dan Ying Xuan (kiri), masing-masing diumum penerima Anugerah Pelajaran Diraja UTeM sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke 20.

Fakhirah Hazirah, Ying Xuan penerima Anugerah Pelajaran Diraja UTeM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Nov 2024 12:01pm

Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-20 menyaksikan dua graduan cemerlang menerima Anugerah Pelajaran Diraja bagi universiti itu.

Mereka ialah Fakhirah Hazirah Shahrulazhar dan Din Ying Xuan, masing-masing graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian.

Kedua-duanya menerima pingat, sijil anugerah, wang tunai RM7,500 dan nombor plat eksklusif UTeM.

Fakhirah Hazirah, 24, yang merupakan atlet taekwondo berkata, keaktifan dalam sukan tersebut tidak menghalang dirinya merangkul kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Sebagai mahasiswa, kita perlu berdisiplin, tekun dan bijak dalam menguruskan masa.

"Di samping itu, iringan doa ibu bapa dan sokongan pensyarah juga antara faktor kita boleh berjaya,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.52 dan turut meraih empat kali Anugerah Dekan sebelum ini.

Fakhirah Hazirah bersama keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti sepanjang pengajian di UTeM.
Fakhirah Hazirah bersama keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti sepanjang pengajian di UTeM.

Fakhirah Hazirah yang juga Leftenan Muda Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) memasang impian mahu menjadi jurutera berjaya bagi membantu pembangunan teknologi di sektor industri dan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ying Xuan, 24, yang kini sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya berkongsi rahsia kejayaan sepanjang berada di UTeM.

"Usaha keras, disiplin dan tekad adalah kunci utama saya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran,” ujarnya yang mendapat PNGK 3.68.

Ying Xuan membawa pulang pingat, sijil anugerah, wang tunai RM7,500 dan nombor plat eksklusif UTeM melalui pengiktirafan Anugerah Pelajaran Diraja UTeM.
Ying Xuan membawa pulang pingat, sijil anugerah, wang tunai RM7,500 dan nombor plat eksklusif UTeM melalui pengiktirafan Anugerah Pelajaran Diraja UTeM.

Fakhirah Hazirah dan Ying Xuan antara 3,459 graduan yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Majlis Konvokesyen UTeM ke 20.

Majlis penuh istiadat itu telah disempurnakan Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp