Tempoh pengajian bagi program asasi biasanya antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada institusi dan kursus yang diambil.
Tempoh pengajian bagi program asasi biasanya antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada institusi dan kursus yang diambil.

Fakta mengenai Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Feb 2025 08:30am

Program Asasi ialah program persediaan prauniversiti yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta di Malaysia.

Ia bertujuan menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tempoh pengajian biasanya antara satu hingga dua tahun, bergantung kepada institusi dan kursus yang diambil.

Asasi lebih berfokus dan spesifik berbanding Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi kerana ia disusun mengikut keperluan fakulti atau bidang tertentu seperti sains, kejuruteraan, perubatan atau perniagaan.

Pelajar yang menamatkan program Asasi di universiti tersebut biasanya berpeluang besar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti yang sama, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Untuk pengetahuan semua, program Asasi mempunyai dua kategori iaitu Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup.

No Image Caption

Menurut Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor, Cikgu Abdul Muiez Ruslee, kedua-dua Asasi itu membawa maksud yang berbeza.

Artikel Berkaitan:

"Asasi Terbuka adalah program Asasi yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke pelbagai universiti, tidak semestinya terhad kepada universiti yang menawarkan program Asasi tersebut.

"Manakala Asasi Tertutup pula adalah Asasi yang ditawarkan universiti tertentu dan hanya membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti tersebut sahaja," katanya seperti dipetik di Facebook pada Selasa.

Ujarnya, Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tertentu yang perlu diketahui para pelajar dan ibu bapa.

(1) Asasi Terbuka

a) Ciri-ciri

  • Program lebih umum dan diiktiraf oleh banyak universiti.

b) Kelebihan

  • Memberikan lebih banyak pilihan universiti untuk melanjutkan pengajian.
  • Program lebih fleksibel dan pelbagai.

c) Kekurangan

  • Kompetitif jika memohon ke universiti tertentu terutama universiti awam terkemuka.

(2) Asasi Tertutup

a) Ciri-ciri

  • Fokus kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan.
  • Silibus disesuaikan dengan keperluan program ijazah di universiti tersebut.

b) Kelebihan

  • Laluan terus ke program ijazah universiti yang sama.
  • Modul pembelajaran yang relevan dengan program lanjutan di universiti tersebut.

c) Kekurangan

  • Terhad kepada universiti yang menawarkan program asasi itu.
  • Pilihan universiti untuk ijazah adalah terhad.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp