Pasukan Fakulti Undang-Undang UKM akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Jessup 2024 peringkat antrabangsa pada 30 Mac hingga 6 April 2024 di Washington, DC.
Pasukan Fakulti Undang-Undang UKM akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Jessup 2024 peringkat antrabangsa pada 30 Mac hingga 6 April 2024 di Washington, DC.

Fakulti Undang-Undang UKM juara Jessup Moot 2024 peringkat kebangsaan

27 Mar 2024 07:15am

Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diumum juara dalam Philip C Jessup International Law Moot Court Competition 2024 peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, pasukan yang diwakili lima mahasiswa sarjana undang-undang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Jessup 2024 peringkat antrabangsa pada 30 Mac hingga 6 April 2024 di Washington, DC.

Menurut Dekan Fakulti Undang-Undang, Profesor Madya Dr Jady @ Zaidi Hassim, kemenangan tersebut begitu bermakna kepada pasukan Moot UKM yang dianggotai Raihaana Azmi, Choong Yuk Lim, Chew Hui Min, Prajhessh Magendran dan Bong Yee Sheng,

“Pertandingan ini memerlukan persiapan selama enam hingga lapan bulan kerana melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa penyelidikan, fasa pendrafan hujahan bertulis dan fasa penghujahan secara lisan.

“Oleh itu, kami berharap dapat mencapai kemenangan yang lebih lagi pada masa akan datang,” katanya.

Jady berkata, pertandingan format moot (perdebatan dalam situasi mahkamah) merupakan platform penting bagi penuntut undang-undang untuk meningkatkan kemahiran berhujah yang boleh diaplikasi dalam kes perbicaraan sebenar.

Malah katanya, pertandingan juga mampu memberikan pengalaman kepada para peserta untuk bertukar pendapat selain mencungkil bakat baharu yang dapat melahirkan graduan undang-undang berkualiti tinggi.

Sebelum itu, Philip C Jessup International Law Moot Court Competition adalah pertandingan mahkamah moot yang tertua dan terbesar di dunia dan dikenali dalam profesion undang-undang sebagai Olimpik atau Piala Dunia bagi mahasiswa undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Kira-kira 700 fakulti undang-undang dari 100 buah negara akan menyertai pertandingan yang diadakan setiap tahun itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp