Barisan panel yang terlibat dalam forum penjagaan kesihatan anjuran MyHOPE FSK dengan Panitia Sains MITS Sabak Bernam.
Barisan panel yang terlibat dalam forum penjagaan kesihatan anjuran MyHOPE FSK dengan Panitia Sains MITS Sabak Bernam.

Forum Penjagaan Kesihatan perkukuh kolaborasi ilmu

17 Apr 2024 07:15am

Lima panel dari My Health Outreach Programme (MyHOPE), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam berkongsi ilmu menerusi Forum Penjagaan Kesihatan kepada pelajar dan guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Sabak Bernam, Selangor, pada Rabu.

Mereka (panel) yang terlibat dalam forum tersebut adalah Pensyarah Kanan (Fisiologi), Razif Dasiman selaku moderator; Pensyarah Kanan (Hematologi dan Transfusi Darah), Dr Evana Kamarudin; Pensyarah Fisiologi dan Neurofarmakologi, Dr Fatin Nadzirah Zakaria; Pegawai Pemakanan Pascasiswazah, Muhammad Arif Fadluddin Md Dzahir dan Pegawai Pemulihan Carakerja Pascasiswazah, Nurani Nordin.

Forum anjuran MyHOPE FSK dengan Panitia Sains MITS Sabak Bernam bertujuan menyampaikan ilmu tentang penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan bagaimana ia mampu mempengaruhi pembelajaran golongan pelajar.

Wakil Panitia Sains MITS Sabak Bernam, Cikgu Nurul Najah Muah berkata, seramai 300 pelajar Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat serta guru menyertai forum tersebut.

No Image Caption

Ujarnya, pelbagai ilmu diperoleh sepanjang tiga jam forum berlangsung dan beliau mengharapkan supaya para peserta memanfaatkan segala info sebaik mungkin.

Katanya lagi, program turut disifatkan inisiatif terbaik dalam memperkasa institusi tahfiz ke arah melahirkan profesional huffaz yang sihat tubuh badan, cergas dan mempunyai emosi stabil.

Sementara itu, penganjuran Forum Penjagaan Kesihatan bagi menyahut cabaran pendidikan masa kini dalam penyampaian ilmu kesihatan kepada masyarakat luar.

Artikel Berkaitan:

Ia selaras prinsip Sustainable Development Goals (SDGs) dalam mengintegrasikan SDG iaitu SDG 4: Pendidikan berkualiti, SDG 16: Kemampanan Institusi dan SDG 17: Kerjasama untuk mencapai matlamat bersama.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp