Raduan (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan, pada Khamis. Turut serta Amer Shaker (kiri), Jamalunlaili (kanan) dan Hanafi (dua dari kanan).
Raduan (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan, pada Khamis. Turut serta Amer Shaker (kiri), Jamalunlaili (kanan) dan Hanafi (dua dari kanan).

300 kakitangan UiTM Shah Alam diraikan

05 Apr 2024 11:18am

Setiap kali Ramadan, sudah menjadi tradisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor menyantuni kakitangan yang kurang berkemampuan menerusi program Bakul Syawal.

Tahun ini, seramai 300 kakitangan telah dipilih bagi menerima sumbangan berbentuk makanan asas dari universiti berkenaan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros, inisiatif Bakul Syawal yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu diberikan kepada kakitangan berkelayakan setiap tahun.

"Syukur alhamdulillah kita dapat melaksanakan dua program iaitu Khatam al-Quran dan agihan Bakul Syawal kepada mereka yang berkelayakan kategori B40.

No Image Caption

"Ini antara inisiatif Masjid UiTM Shah Alam yang melihat keperluan berkenaan dapat dilaksanakan pada Ramadan.

"Terima kasih kepada semua penyumbang khususnya melalui Tabung Amanah Pusat Islam (TAPI),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Khatam al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ICAN, Profesor Tpr Dr Jamalunlaili Abdullah; Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Profesor Dr Amer Shaker Zainol dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam, Hanafi Hamdani.

No Image Caption

Mengulas lanjut mengenai khatam al-Quran, Raduan berkata, program itu dilaksanakan melalui tadarus al-Quran di peringkat bahagian dan jabatan kakitangan masing-masing.

“Seramai 200 peserta menyertai tadarus al-Quran dan semuanya berjalan dengan lancar,” ujar beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp