Gelagat beberapa fasilitator yang membuat 'prank' kepada rakannya, menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.
Gelagat beberapa fasilitator yang membuat 'prank' kepada rakannya, menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.

Gara-gara ‘prank’ ketika orientasi, fasilitator terima kecaman warganet! ‘Meluat, tak matang, syok sendiri’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Oct 2024 01:11pm

Budaya ‘prank’ semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda yang sering kali menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Walaupun tujuan asal ‘prank’ mungkin untuk berseronok, kesannya boleh menyebabkan gangguan emosi atau kecederaan fizikal kepada mangsa serta sesiapa sahaja yang terlibat.

Baru-baru ini, video ‘prank’ membabitkan beberapa fasilitator dari sebuah universiti tempatan yang membuat kejutan hari jadi salah seorang rakan mereka, telah mendapat kecaman sangat hebat dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, ‘prank’ yang dilakukan ketika minggu orientasi pelajar baharu dilihat tidak sesuai dan tidak menggambarkan kematangan dan kecerdikan seorang penuntut universiti.

Bak kata netizen:

"Senior syok sendiri. Buang masa!"

"Ini spesies dahagakan perhatian."

"Jangan membudayakan perkara yang tidak baik."

Artikel Berkaitan:

"Tak profesional langsung. Berteriak sana sini. Belagak, seniorlah konon. Memalukan. Pelajar-pelajar yang baharu tu pun malu nak tengok bukannya takut."

"Terpaling fasi, memalukan nama UITM saja."

"Ini senior-senior taraf U ke? Low class."

"Pelajar datang jauh-jauh nak belajar. Bukan nak tengok fasilitator yang macam ni. Tak profesional langsung."

Berkongsi pengisian video ‘prank’ tersebut, Sinar Bestari mendapati, ia bermula dengan seorang fasilitator wanita memarahi dan bertengkar dengan fasilitator lelaki di dewan minggu orientasi pelajar baharu.

Kemudian, datang seorang fasilitator lelaki yang cuba menenangkan suasana tegang itu.

Ketika pertengkaran, kelihatan fasilitator wanita meninggikan suara dan menjerit ke arah pelajar baharu supaya mereka mendiamkan diri.

Tidak lama kemudian, berkumandang lagu Happy Birthday di dewan berkenaan. Rupa-rupanya, pergaduhan tadi sekadar ‘prank’ mereka bagi menyambut hari jadi rakan.

Apa kata pengikut Sinar Bestari? Wajar atau tidak ‘prank’ sebegini dibuat untuk pelajar baharu?

Tepuk dada tanya selera!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp