Peluang berkhidmat di Jepun selama tiga tahun akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Muhammad Ariff.
Peluang berkhidmat di Jepun selama tiga tahun akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Muhammad Ariff.

Graduan GiatMara cipta nama di Jepun

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Jun 2024 02:40pm

Graduan GiatMara Pontian, Johor, Muhammad Ariff Rosli kini berada di Jepun sempena program perantisan bersama Syarikat Daihatsu cawangan Onomichi atau dikenali Daihatsu Onomichi.

Muhammad Ariff akan berada di negara berkenaan sehingga tahun 2025.

Kejayaan lepasan GiatMara Pontian ini secara tidak langsung telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Ia kerana, lulusan institusi pendidikan seperti GiatMara sering kali dipandang rendah oleh sesetengah pihak sehingga ada memberi jaminan, mereka tiada ‘masa depan’.

Memetik hantaran Facebook GIATMARA Malaysia mengenai Muhammad Ariff, difahamkan sebelum ini, beliau mengikuti pengajian Teknologi Automotif (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2) Sesi 2019 di GiatMara Pontian.

Berasal dari Johor Bahru, Muhammad Ariff begitu meminati budaya Jepun sekali gus mempelajari bahasa itu sejak sekolah rendah lagi.

Kemudian, Muhammad Ariff memilih Program Perantisan MARA-OISCA kerana ingin mencari peluang melanjutkan pengajian atau bekerjaya di Jepun.

Bertugas sebagai perantis mekanik di Daihatsu Onomichi, ternyata telah memberi pelbagai pengalaman kepada pemuda ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, cara kerja di Malaysia dan Jepun tidak banyak beza cuma ada sesetengahnya harus dicontohi iaitu ‘mindset’ pengurusan yang efisien dan bijak memanfaatkan masa dengan baik.

Akhir sekali, Muhammad Ariff mengambil kesempatan dengan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga dan semua tenaga pengajar GiatMara Pontian yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar sehingga beliau berjaya ke Jepun dan mampu menjalankan tugasan dengan baik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp