Mazliham (tiga dari kanan di depan) bersama delegasi JPN Melaka dan pegawai MMU selepas Majlis Kunjungan Hormat dan Pelantikan Rakan Strategik JPN di MMU Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.
Mazliham (tiga dari kanan di depan) bersama delegasi JPN Melaka dan pegawai MMU selepas Majlis Kunjungan Hormat dan Pelantikan Rakan Strategik JPN di MMU Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.

JPN Melaka lantik MMU rakan strategik perkasa penguasaan teknologi digital

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
14 Mar 2023 10:56am
A
A
A

Universiti Multimedia (MMU) dilantik sebagai rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bagi membantu meningkatkan penguasaan teknologi digital dalam kalangan warga sekolah di negeri terbabit.

Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, pihaknya bersama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) JPN akan menggembleng tenaga untuk menambah baik mutu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan penggunaan teknologi digital terkini melalui pelantikan tahun kedua berkenaan.

“MMU bersedia berkongsi kepakaran untuk memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital pada masa depan.

Mazliham (kiri) menerima watikah pelantikan Rakan Strategik JPN Melaka daripada Nasaruddin di MMU Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.
Mazliham (kiri) menerima watikah pelantikan Rakan Strategik JPN Melaka daripada Nasaruddin di MMU Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.

“Dengan pengalaman yang dimiliki, MMU berharap dapat bersama-sama memperkasa teknologi digital dan multimedia untuk dimanfaatkan oleh pihak SSTP JPN Melaka,” katanya pada Majlis Kunjungan Hormat SSTP JPN Melaka dan Pelantikan MMU Sebagai Rakan Strategik di MMU Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah SSTP JPN Melaka, Nasaruddin Rahmat.

Artikel Berkaitan:

Delegasi JPN Melaka mendengar taklimat mengenai kemudahan pembelajaran HySpace dan Hyflex di MMU Cyberjaya, Selangor.
Delegasi JPN Melaka mendengar taklimat mengenai kemudahan pembelajaran HySpace dan Hyflex di MMU Cyberjaya, Selangor.

Mazliham menambah, pelantikan rakan strategik JPN itu merupakan satu kepercayaan tinggi kepada MMU dalam usaha melahirkan generasi baharu berkompetensi dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia untuk memenuhi keperluan masa depan negara.

Beliau menjelaskan, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak dapat merealisasikan kemenjadian holistik anak-anak dalam segenap aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok