Ramai peniaga berharap agar isu kekurangan beras tempatan ini dapat diselesaikan dengan segera. Gambar kecil: Shahrina Emyra.
Ramai peniaga berharap agar isu kekurangan beras tempatan ini dapat diselesaikan dengan segera. Gambar kecil: Shahrina Emyra.

Kenaikan harga beras, apa solusinya?

SHAHRINA EMYRA SHAHRUL NIZAM DAN SITI DALEELA MOHD WAHID
24 Jan 2024 11:38am
A
A
A

Peningkatan harga bahan mentah sejak akhir-akhir ini memberi impak kepada pengguna terutamanya peniaga kedai makan.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti permintaan bahan mentah yang tinggi, kos penghantaran bahan mentah, inflasi import dan peningkatan kos operasi bahan mentah di Malaysia.

Ramai yang menuding jari kepada isu kenaikan harga beras import. Walhal, itu bukanlah sesuatu yang baru terjadi.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, sejak kekurangan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran domestik berikutan penyusutan jumlah penghasilan padi negara, kebanyakan peniaga kedai makan mula beralih membeli beras import sebagai alternatif.

Natijahnya, peralihan ini mengakibatkan kos atau harga jualan perniagaan meningkat secara drastik.

Kenaikan harga beras import juga menyebabkan permintaan terhadap beras putih tempatan meningkat.

Disebabkan kekurangan bekalan beras putih tempatan, ia akan menyusahkan peniaga yang bergantung kepada beras tempatan sehingga mereka terpaksa beralih kepada beras import.

Dalam pada itu, peningkatan sebanyak 60 peratus harga beras import pada akhir tahun lepas telah memberi kesan kepada peniaga.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai usaha telah dilakukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT), Op Jamin dan Operasi Beras Putih Tempatan selain meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan bagi memastikan ia mencukupi bagi menampung keperluan domestik.  

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, isu ini dijangka akan pulih dalam masa terdekat menerusi beberapa langkah intervensi yang dilaksanakan oleh kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberikan jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan. Pemantauan berkala akan dilaksanakan berkaitan isu ini.

Oleh hal yang demikian, bagi mengurangkan beban peniaga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan jualan beras import pada harga Rahmah, di setiap program Jualan Rahmah di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peniaga boleh mendapatkan beras import 5 kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan sekampit beras import 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.

Harga beras import yang ditawarkan itu jauh lebih murah berbanding yang dijual di pasaran iaitu pada harga RM35 hingga RM40 dan lebih, bagi sektor peruncitan.

Oleh yang demikian, ramai peniaga berharap agar isu kekurangan beras tempatan ini dapat diselesaikan dengan segera.

Walaupun isu kenaikan harga beras import ini tidak begitu besar tetapi impak kesan kenaikan harga tersebut sangat signifikan kepada peniaga kedai makan dan pembeli.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Shahrina Emyra Shahrul Nizam dan Siti Daleela Mohd Wahid

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok