Pengambilan makanan bernutrisi membantu pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan memastikan kesihatan kekal optimum.
Pengambilan makanan bernutrisi membantu pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan memastikan kesihatan kekal optimum.

Kepentingan makanan bernutrisi: Kunci kesejahteraan mahasiswa

03 Feb 2025 07:30am

Tahun 2025 menyaksikan cabaran baharu bagi penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) apabila kenaikan harga barang khususnya makanan, memaksa ramai memilih makanan kurang bernutrisi.

Walaupun mudah dan murah, pilihan ini boleh menjejaskan perkembangan fizikal dan mental serta prestasi akademik mereka.

Pegawai Dietetik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Jazlina Shamsul menekankan bahawa pengambilan nutrisi yang sihat adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan.

"Pengambilan makanan bernutrisi membantu pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran dan memastikan kesihatan kekal optimum,” katanya.

Beliau menjelaskan, makanan seperti mi segera dan minuman 3-in-1 sering menjadi pilihan mahasiswa namun makanan ini biasanya tinggi garam, lemak dan gula.

No Image Caption

"Kandungan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes yang akhirnya menjejaskan kualiti hidup penuntut,” ujarnya.

Sebagai langkah penyelesaian, Jazlina mencadangkan penyedia makanan di kampus untuk meningkatkan kualiti menu yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengusulkan agar lebih banyak makanan sihat diperkenalkan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh dan sumber protein rendah lemak.

"Kerjasama dengan pakar pemakanan perlu diwujudkan agar setiap hidangan bukan sahaja memenuhi keperluan kalori tetapi juga memastikan keseimbangan nutrisi,” katanya lagi.

No Image Caption

Langkah segera amat diperlukan untuk memastikan mahasiswa mendapat makanan bernutrisi kerana kesihatan mereka bukan sahaja mempengaruhi prestasi akademik tetapi juga pengalaman kampus secara keseluruhan.

Kesihatan yang baik membuka jalan untuk kecemerlangan akademik dan kehidupan kampus yang lebih bermakna.

Makanan yang sihat bukan sekadar keperluan, ia adalah pelaburan masa depan.

Maklumat Penulis:

Mahasiswa Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Syaheera Azmin

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp