Golongan muda kini kurang mempunyai pendidikan dan pengetahuan kewangan. Gambar kecil: Sharaniy (atas) dan Jaharudin (bawah).
Golongan muda kini kurang mempunyai pendidikan dan pengetahuan kewangan. Gambar kecil: Sharaniy (atas) dan Jaharudin (bawah).

Kesedaran kewangan: Mengapa pendidikan kewangan penting untuk generasi muda?

11 Feb 2025 10:00am

Sebanyak 97,215 kes kebankrapan dicatatkan dalam rekod Jabatan Insolvensi Malaysia di negara ini dari 2012 hingga September 2016 dan daripada jumlah ini, 23 peratus daripada 22,581 kes berlaku dalam kategori dewasa muda yang berumur 1,157 kes membabitkan individu berumur di bawah 25 tahun.

Orang yang diisytiharkan muflis mengakui faktor utama yang menyebabkan mereka gagal dalam disebabkan terutamanya oleh kekurangan pendidikan dan plan kewangan yang baik.

Pendidikan kewangan termasuk memahami konsep dan prinsip kewangan seperti perancangan kewangan, faedah, kompaun, pengurusan hutang dan kaedah menjimatkan wang yang menguntungkan dan memberi manfaat kepada masa.

Selain itu, pendidikan kewangan berkaitan dengan pemahaman bagaimana wang berfungsi menghasilkan dan menyelesaikan masalah kewangan dalaman dan luaran bersama-sama dengan matlamat kewangan.

Kebijaksanaan kewangan adalah gabungan antara pengetahuan, kemahiran, kebolehan, kesedaran, tingkah laku dan sikap yang berkaitan dengan kewangan diperlukan untuk membuat pilihan kewangan yang bijak.

Semua ini mungkin dilakukan melalui pendidikan kewangan yang didapati semasa proses pembelajaran.

Sangat penting untuk golongan muda mempunyai pemahaman yang baik tentang kewangan untuk membolehkan mereka mengendalikan wang mereka dengan cara yang bijak.

Di zaman yang serba cepat ini, dengan banyak pilihan dan pilihan kredit, ramai orang muda tidak tahu cara membuat perancangan kewangan yang baik, yang menyebabkan mereka terjebak dalam perangkap hutang.

Artikel Berkaitan:

Mereka mesti memahami konsep asas seperti pelaburan, simpanan dan bajet jika mereka ingin membina asas kewangan yang kukuh.

Pendidikan kewangan yang mencukupi, sama ada melalui institusi pendidikan atau inisiatif masyarakat, boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, yang boleh mengurangkan risiko masalah kewangan di masa hadapan.

Mereka boleh mencapai matlamat peribadi mereka dan meningkatkan kestabilan ekonomi dengan belajar pengurusan kewangan.

Kehidupan generasi muda semakin mencabar.

Mereka perlu mengambil berat tentang masa depan dan wang mereka apabila tiba masanya.

Pendidikan kewangan peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada orang yang berumur 18 hingga 25 tahun dan sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi.

Pengurusan aliran tunai, perbankan Internet, pentingnya wang simpanan dan belanjawan, perlu diambil berat oleh golongan muda, yang dapat membina satu kehidupan yang terurus.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga sebagaimana yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2005-2010), satu perdua daripada jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada golongan belia yang jumlahnya mencecah seramai 11.65 juta orang.

Ini bermakna majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada pekerja muda dan menjadi penggerak utama untuk mewarisi kejayaan negara padapada masa hadapan.

Menurut penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC), 41 individu pekerja muda muflis akibat kegagalan mengurus hutang, seperti tidak membayar pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan kad kredit yang berlebihan setiap hari.

Sikap dan tingkah laku kewangan yang positif dan pengurusan kewangan yang berhemah turut dikaitkan kerana ia membolehkan orang ramai berbelanja dengan lebih berhati-hati.

Hal ini meningkatkan kefahaman mereka tentang wang dan keupayaan mereka untuk mengendalikannya sendiri terutamanya apabila membuat keputusan tentang simpanan, pengurusan kredit atau kewangan seharian.

Sebaliknya, kerana kurang pengetahuan tentang pendidikan kewangan, orang ramai sering menjadi konflik kewangan apabila mereka keliru untuk mengenal pasti perbezaan antara barangan yang diperlukan atau diingini.

Rakyat Malaysia sering berbelanja lebih daripada yang mereka boleh bayar. Lebih 3,400 peminjam berumur antara 20 dan 30 tahun adalah contoh situasi milenial. Lebih daripada 75 peratus rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1000 wang tunai segera untuk digunakan dalam keadaan kecemasan.

Pengurusan kewangan yang tidak cekap adalah disebabkan oleh sikap generasi milenial yang suka berbelanja tanpa perancangan.

Oleh itu, kajian mengenai pengurusan wang generasi muda perlu dilakukan supaya mereka tahu tentang kepentingan pengurusan wang dalam kehidupan seharian mereka sekarang dan pada masa hadapan.

Mengapa pendidikan kewangan penting untuk golongan muda?

Ia merupakan persoalan ramai pada masa kini, dimulakan dengan pendidikan kewangan penting untuk golongan muda kerana, ia dapat memberikan kebolehan untuk menguruskan wang sendiri dengan baik.

Kemampuan seseorang untuk menguruskan kewangan mereka sendiri dengan baik, termasuk membuat bajet, menabung, melabur dan mengendalikan hutang, dikenali sebagai kebolehan mengurus kewangan sendiri.

Ini termasuk merancang perbelanjaan, menyisihkan wang untuk dana kecemasan dan simpanan jangka panjang dan membayar balik hutang secara berterusan untuk mengelakkan hutang menjadi terlalu banyak.

Selain itu, individu mesti mempunyai pemahaman yang mendalam tentang pilihan pelaburan, cara untuk mengendalikan risiko melalui insurans, dan asas kewangan seperti kredit dan cukai.

Mengurus akaun kewangan dan mengawasi perbelanjaan juga dipengaruhi oleh teknologi kewangan seperti aplikasi dan alat kewangan.

Keupayaan ini membolehkan seseorang mencapai matlamat kewangan mereka, mengelakkan tekanan kewangan dan membuat keputusan kewangan yang bijak.

Pendidikan kewangan boleh diperoleh daripada pemerhatian tingkah laku kewangan oleh agen sosialisasi.

Pengetahuan golongan muda tentang kewangan akan banyak dipengaruhi oleh pemerhatian ibu bapa tentang cara mereka menggunakan wang semasa peringkat awal pembesaran mereka.

Pengetahuan kewangan individu dikaitkan secara positif dengan tingkah laku dan interaksi dengan agen sosialisasi secara kerap pada peringkat awal.

Pendidikan kewangan boleh membantu golongan yang boleh mengurangkan bebanan negara sambil juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Jika golongan muda tahu cara menggunakan pengetahuan dan kemahiran kewangan mereka, perjalanan hidup mereka akan menjadi lancar.

Perancangan kewangan yang teliti dan selaras dengan laluan kerjaya boleh membantu memudahkan pengurusan kewangan mereka mengikut pendapatan mereka yang mereka peroleh.

Sumber kewangan yang sesuai akan membantu seseorang mencapai wawasan kewangan mereka.

Perjuangan untuk merancang kerjaya secara tidak langsung akan menjejaskan perancangan kewangan kerana setiap jumlah pendapatan akan dipengaruhi oleh perancangan kewangan yang dibuat.yang diterima oleh generasi muda.

Perancangan yang dilakukan boleh diibaratkan sebagai panduan kepada mereka dalam memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan dalam berbelanja.

Kesedaran kewangan adalah penting dalam pembentukan masa depan kewangan yang stabil, terutamanya dalam generasi muda.

Pendidikan kewangan yang mencukupi menyediakan pengetahuan asas tentang pengurusan wang, simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan.

Dengan pengetahuan yang mencukupi, mereka dapat mengelakkan masalah kewangan seperti hutang yang berlebihan, perbelanjaan yang tidak terkawal dan ketidakupayaan untuk merancang masa depan.

Pendidikan kewangan juga membolehkan mereka membuat keputusan bijak dalam pengurusan kewangan harian, yang boleh menjadikan mereka lebih matang dalam menghadapi cabaran kewangan.

Oleh itu, perlu ada integrasi pendidikan kewangan dalam sistem pendidikan negara agar generasi muda lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin kompleks dari segi kewangan.

Tahap kesedaran kewangan yang tinggi bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup setiap individu, malah akan membentuk lagi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan lebih berdaya saing dalam dunia global.

Pendidikan kewangan sebenarnya merupakan asas penting untuk mencapai kemakmuran kewangan, kemajuan ekonomi dan keseimbangan hidup dalam jangka panjang.

Maklumat Penulis:

1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Sharaniy Lenga Gururuloo

2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial & Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (ECO4373), UMT, Jaharudin Padli

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp