Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.

Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry

29 Dec 2025 09:30am

Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan itu menunjukkan bahawa politeknik merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikir global dan mampu bersaing di pentas dunia.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.

SIIF merupakan acara untuk para inovator dan penyelidik dari seluruh dunia mempamerkan idea serta produk baharu mereka kepada pengilang, pelabur, pengedar, syarikat perlesenan dan orang awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyatakan keberhasilan PSIS menunjukkan bahawa politeknik adalah institusi TVET yang melahirkan inovator berdaya saing global
  • Pasukan PSIS memenangi Anugerah Emas dengan inovasi A-Port Simulation dan Anugerah Perak dengan projek PlantScape Apps for Residential 2.0
  • SIIF adalah platform global bagi inovator dan penyelidik untuk mempamerkan produk baharu kepada pengilang, pelabur dan pengedar
  • Pencapaian PSIS di SIIF meningkatkan imej politeknik sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang inovasi dan teknologi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp