13 kepimpinan AMAR IPMa bergabung tenaga menjayakan Kem AMAR IPMa Siri 1 2024.
13 kepimpinan AMAR IPMa bergabung tenaga menjayakan Kem AMAR IPMa Siri 1 2024.

Kem AMAR IPMa bentuk jati diri antirasuah

24 Jul 2024 10:57am

Seramai 88 ahli kepimpinan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) menyertai Kem AMAR Institusi Pendidikan Mara (IPMa) yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 sehingga 21 Julai bertempat di Pusat Kecemerlangan Pelajar Mara (PUSKEP) Lenggong, Perak.

Program itu bertujuan membantu membina jati diri para pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran masa depan melalui pembentukan generasi holistik, berketerampilan, berdaya saing, berprinsip antirasuah dan berintegriti tinggi seiring dengan falsafah pendidikan Mara serta negara.

Kesemua peserta kali ini terdiri daripada 13 IPMa antaranya Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur, Kolej Profesional Mara (KPM) Beranang, KPM Indera Mahkota, KPM Bandar Penawar, Kolej Mara (KM) Seremban, KM Banting, KM Kuala Nerang, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Kuala Lumpur dan Kolej Poly-Tech Mara Bangi.

Sepanjang program ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan seperti sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan cambahan idea dalam kalangan pemimpin AMAR sendiri menerusi pelbagai aktiviti luar.

Kem itu juga dimeriahkan dengan segmen Gerakan Antirasuah (GeAR), penghasilan video pendek FYP dan Sesi Pembentangan Aktiviti Antirasuah (SPAAR).

Untuk makluman, majlis penutup Kem AMAR kali ini telah disempurnakan oleh Abd Manap Abdul Majid selaku Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Mara.

Turut hadir pegawai-pegawai daripada Unit Integriti (UI) Mara dan Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp