Kembar seiras membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan menerusi pertandingan Young Modest Fashion Designers Fest V2.
Kembar seiras membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan menerusi pertandingan Young Modest Fashion Designers Fest V2.

Kembar seiras juara Young Modest Fashion Designers Fevst V2

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 Oct 2024 03:38pm

Pasangan kembar seiras lelaki yang mengikuti Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Gerik, Perak diumum juara dalam pertandingan Young Modest Fashion Designers Fest V2 di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dua pelajar, Muhamad Syazwan Mohd Nasir dan Muhamad Syazni Mohd Nasir, 19, berjaya membawa pulang wang tunai RM500 beserta trofi dan sijil penyertaan menerusi penyertaan mereka dalam pertandingan itu.

Menurut Muhamad Syazwan, kemenangan tersebut adalah hasil sokongan pensyarah dan ahli keluarga yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada mereka.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga kami direzekikan sebagai juara.

"Jika ada peluang, kami berhasrat untuk menyambung pengajian peringkat diploma seterusnya mencapai cita-cita sebagai pereka fesyen terkenal negara,” katanya.

No Image Caption

Pertandingan Young Modest Fashion Designers Fest V2 bertujuan mengasah bakat pelajar dalam menghasilkan rekaan kreatif pakaian bercirikan moden dan sopan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Zahari Ismail diberi penghargaan untuk merasmikan majlis penutup berkenaan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Datuk Kamarul Haizal Koderat dan Pengarah Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Eni Aznan.

Selain kembar lelaki yang muncul juara, Young Modest Fashion Designers Fest V2 turut menobatkan peserta Kolej Komuniti Bukit Mertajam sebagai naib johan dan menerima wang tunai RM300 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga diberikan kepada peserta Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan membawa pulang RM200, trofi dan sijil penyertaan.

Anugerah Rekaan Terbaik Pilihan Industri pula dimenangi Kolej Komuniti Pasir Gudang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700, trofi dan sijil penyertaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp