Murid Orang Asli Kampung Sungai Berua mengibarkan Jalur Gemilang sempena program penghayatan kemerdekaan UMT.
Murid Orang Asli Kampung Sungai Berua mengibarkan Jalur Gemilang sempena program penghayatan kemerdekaan UMT.

Kibar Jalur Gemilang di perkampungan Orang Asli

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Aug 2024 02:35pm

Program penghayatan kemerdekaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi tahun ini, diteruskan ke perkampungan Orang Asli menerusi kempen kibar Jalur Gemilang.

Kampung Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu dipilih sebagai lokasi mengibarkan Jalur Gemilang bertujuan menyuntik rasa cinta dalam kalangan Orang Asli terhadap negara sekali gus menghargai pengorbanan generasi terdahulu ketika menuntut kemerdekaan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor ChM Dr Marinah Mohd Ariffin, program sebegini turut memberi peluang kepada komuniti Orang Asli menyemai nilai murni dan semangat patriotik serta mendorong mereka lebih menghargai ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan komuniti.

Beliau berkata, perjalanan program kibar Jalur Gemilang berlangsung dengan baik kerana hubungan antara UMT dengan suku kaum Semaq Beri Kampung Sungai Berua telah terjalin hampir lima tahun lamanya.

No Image Caption

Malah, sepanjang tempoh tersebut, proses pemindahan ilmu sentiasa berlangsung sesama mereka.

Mengulas mengenai isu keciciran komuniti Orang Asli pula, Marinah berkata, perkara itu sudah disedari pihak mereka dan UMT berusaha membantu komuniti itu menerusi pembinaan Projek Sekolah Rimba (Jungle School).

“Jungle School yang dikendalikan Institut Biodiversiti Tropika dan pembangunan Lestari (IBTPL), UMT sentiasa mengembeling usaha bagi memupuk minat belajar dalam kalangan anak-anak Orang Asli di sini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Cara ini adalah selari dengan tuntutan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 4 (Menjamin pendidikan menyeluruh dan sama rata serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat).

"Matlamat ini tidak mustahil dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak yang bersedia memainkan peranan masing-masing tanpa mengenal jemu," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp