ODOCS dilaksanakan bagi memberi rawatan asas pergigian kepada komuniti terpinggir terutamanya di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan akses kesihatan gigi.
ODOCS dilaksanakan bagi memberi rawatan asas pergigian kepada komuniti terpinggir terutamanya di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan akses kesihatan gigi.

Klinik Pergigian Bergerak UM hulur khidmat kepada anak yatim di Johol

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Oct 2025 11:26am

Program khidmat masyarakat peringkat universiti bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia menjadi wadah penting dalam memupuk semangat kesukarelawanan serta menyemai nilai empati dalam kalangan warga kampus.

Sejajar dengan matlamat itu, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan program ODOCS: Outpost Dentist for Community Service di Rumah Kasih Ulu Inas, Johol, Negeri Sembilan.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menyantuni dan memberi perkhidmatan rawatan pergigian percuma kepada anak-anak yatim menerusi inisiatif Klinik Pergigian Bergerak UM.

No Image Caption

Menurut Pengarah Program, Dr Mohd Azmi Abdul Razak, ODOCS dilaksanakan bagi memberi rawatan asas pergigian kepada komuniti terpinggir terutamanya di kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan akses kesihatan gigi.

"Kami mahu membawa perkhidmatan kesihatan mulut terus kepada mereka yang memerlukan Bukan sekadar pendidikan kesihatan pergigian dan pemeriksaan rutin, tetapi juga rawatan asas khususnya bagi kes yang memerlukan perhatian segera.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami sebagai institusi yang berbakti kepada masyarakat," jelasnya.

Projek yang berfokuskan aspek kesihatan pergigian ini telah menawarkan rawatan percuma kepada 16 anak yatim termasuk perkhidmatan tampalan, penskaleran dan cabutan gigi.

Menariknya, semua rawatan dijalankan menggunakan kemudahan Bas Klinik Pergigian Bergerak UM yang dilengkapi fasiliti moden setaraf klinik tetap sekali gus menjadikannya platform ideal untuk menjangkau komuniti luar bandar.

No Image Caption

Sementara itu, Pengetua Rumah Kasih Ulu Inas, Datuk Mutallif Che Mat menyifatkan kehadiran pasukan pergigian dari UM sebagai satu usaha murni yang amat dihargai.

"Anak-anak yatim di sini sukar mendapatkan rawatan pergigian. Selain lawatan tahunan doktor gigi ke sekolah, mereka tiada akses tetap kepada rawatan. Jika ada masalah gigi, mereka perlu ke klinik di Rembau, kira-kira 45 minit dari sini.

No Image Caption

"Jadi, usaha Klinik Pergigian Bergerak UM ini sangat bermakna dan kami amat berharap program ODOCS dapat diteruskan lagi pada masa hadapan," katanya. 

No Image Caption

Ringkasan AI

  • Program khidmat masyarakat peringkat universiti memupuk semangat kesukarelawanan dan empati
  • Jabatan Pergigian Restoratif, Universiti Malaya menganjurkan program ODOCS di Rumah Kasih Ulu Inas, Johol
  • ODOCS menyediakan rawatan pergigian percuma kepada anak-anak yatim
  • Menggunakan Bas Klinik Pergigian Bergerak UM yang dilengkapi fasiliti moden
  • Projek ini sangat dihargai oleh Pengetua Rumah Kasih Ulu Inas dan berharap program berterusan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp