No Image Caption

Kor Suksis tunjuk skil lancarkan trafik sempena konvokesyen

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
16 Nov 2024 07:00am

Musim konvokesyen membabitkan sebilangan besar universiti dan institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan dalam kawasan kampus.

Meninjau ke laman sosial Facebook Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sinar Bestari dapati skil atau kemahiran Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) digunakan sepanjang tempoh itu.

No Image Caption

Menurut hantaran HEP UMM, kehadiran hampir 10,000 orang membabitkan graduan dan ahli keluarga sepanjang tempoh upacara konvokesyen berlangsung, pekarangan termasuk kampus UUM, Sintok menjadi sangat sesak dan padat dengan pertambahan kenderaan.

Berikutan itu, Jabatan Keselamatan univerisiti yang berperanan dalam kawalan keselamatan dan trafik bertungkus-lumus di samping bantuan anggota Kor Suksis yang terdiri daripada pelajar UUM sendiri.

Sinar Bestari ucapkan tahniah kepada UUM, Sintok kepada Kor Suksis yang tampil membantu melancarkan trafik sempena musim konvokesyen itu.

Kalau bukan anda membantu, siapa lagi? Nanti, apabila giliran anda mengambil skrol, akan ada Kor Suksis junior yang menjadi penyambung usaha itu.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp