Zamir Yusuf
Zamir Yusuf

KUIPs bakal anjurkan Karnival Keusahawanan Sosial dan Khidmat Masyarakat pada 20 Mei nanti

AZLEENDA SAHALUDIN
19 Apr 2023 03:33pm
A
A
A

Dianggarkan seramai 500 penyertaan yang terdiri daripada warga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan sekitar Perlis akan terlibat dengan Karnival Keusahawanan Sosial dan Khidmat Masyarakat yang bakal diadakan pada 20 Mei depan.

Julung kali diadakan, karnival anjuran Unit Pengajian Am KUIPs itu akan diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Zamir Yusuf
Zamir Yusuf



Menurut Pengarah Programnya, Zamir Yusuf Badrishah, karnival berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami ilmu keusahawanan bagi membantu usahawan-usahawan kecil memajukan perniagaan masing-masing.

“Karnival ini menyediakan platform untuk pengunjung mempelajari serta memperoleh pengalaman dalam aspek menguruskan program yang meliputi perancangan, mengatur strategi, melaksana dan menilai selepas program itu diadakan.

Artikel Berkaitan:


“Akan bermula pukul 7.30 pagi hingga 10 malam, Karnival Keusahawanan Sosial dan Khidmat Masyarakat ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya larian keluarga Malaysia, pameran, reruai jualan produk barangan, program derma darah, pemeriksaan kesihatan, aktiviti melibatkan pelajar sekolah, aktiviti keseniaan Islam dan khidmat masyarakat,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok