Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang CSR di Felda Gugusan Sahabat, baru-baru ini.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang CSR di Felda Gugusan Sahabat, baru-baru ini.

Kumpul dana bantu komuniti celik al-Quran

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 Feb 2024 03:52pm

Sembilan mahasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu komuniti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Gugusan Sahabat, Lahad Datu, Sabah celik al-Quran.

Menurut Pengarah Projek, Saifullah Mat Nor@Ahmad Nor, program yang berlangsung selama lima hari itu melibatkan kerjasama antara UKM-GSB dengan Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Waqaf Felda.

“CSR menyediakan platform pembelajaran al-Quran yang sistematik dan berkesan melalui kaedah ABAHATA.

“Menerusinya, ia telah membantu 50 kanak-kanak kurang mahir membaca al-Quran dapat mengenal huruf dan membaca suku kata al-Quran dengan betul.

“Selain itu, ia juga berjaya mentauliahkan 30 guru al-Quran untuk mereka menyumbang bakti dan mengembangkan pendidikan al-Quran menggunakan kaedah ABAHATA kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Sementara itu, Saifullah berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM160,000 untuk membantu komuniti di sana.

“Ia adalah hasil sumbangan beberapa agensi yang bermurah hati membantu para penduduk iaitu Felda, Felda Plantation Management Sdn Bhd dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd selaku penaja utama.

“Turut menghulurkan sumbangan adalah FGV Holdings Bhd, Ranhill Worley Sdn Bhd, Yayasan Felda, Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Bhd, Hanis Agroscience, Diversatech Fertilizer, ICP Agro Solution, SG Bathe, Eng Huat Latex Concetrate Sdn Bhd dan orang perseorangan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp