Rekreasi Inklusif janjikan pengalaman berharga kepada individu OKU dan mahasiswa UPM.
Rekreasi Inklusif janjikan pengalaman berharga kepada individu OKU dan mahasiswa UPM.

Lima OKU ikuti sukan air lasak

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
14 Feb 2024 05:05pm

Rekreasi Inklusif di Riverbug, Gopeng, Perak memberi pengalaman luar biasa kepada lima individu orang kurang upaya (OKU) yang mengikuti program sehari itu.

Selain mendapat pendedahan meluas tentang rekreasi lasak, kelima-limanya berpeluang meningkatkan pelbagai kemahiran sepanjang beraktiviti.

Turut serta dalam program Rekreasi Inklusif itu adalah 36 mahasiswa Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bertindak sebagai penganjur, kesemuanya melahirkan rasa seronok kerana dapat menimba kenangan manis bersama rakan-rakan dan individu OKU.

Menurut pengarah program, Muhammad Fakhrul Azim Muhammad Nizam, penganjuran merupakan amali bagi dua kursus mereka iaitu Rekreasi Terapeutikbagi Golongan Istimewa dan Pengurusan Risiko dalam Rekreasi.

No Image Caption

“Ini adalah momen berharga buat kami dalam menyantuni peserta OKU dan orang awam.

“Masing-masing menunjukkan keberanian ketika aktiviti water rafting. Tahniah kepada semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, pensyarah Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, UPM, Dr Mohd Aswad Ramlan berkata, penglibatan OKU dalam aktiviti rekreasi itu menunjukkan mereka diterima dan dihargai dalam masyarakat.

“Aktiviti sebegini bukanlah semata-mata tentang keseronokan sebaliknya ia medium kepekaan masyarakat terhadap kepelbagaian individu dalam komuniti.

“Dengan penglibatan golongan tertentu, secara tidak langsung telah membina kelompok masyarakat yang Madani, inklusif dan bertanggungjawab,” ujarnya yang juga penyelidik bidang rekreasi terapeutik, UPM.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp