Amin dan Thilashiny bertukar dokumen selepas berakhirnya majlis MoU pada Selasa.
Amin dan Thilashiny bertukar dokumen selepas berakhirnya majlis MoU pada Selasa.

Lincoln University College, Cengild G.I. Medical Centre jalin kerjasama pintar

08 Jan 2025 11:16am

Lincoln University College mengumumkan kerjasama strategik dengan Cengild G.I. Medical Centre melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkukuhkan pendidikan dan latihan dalam bidang kejururawatan.

Menurut Lincoln University College, langkah ini merupakan satu usaha penting ke arah menjadikan Lincoln University College sebagai pusat rujukan dan hab utama bagi melahirkan tenaga pakar kejururawatan terlatih di Malaysia.

"MoU bermakna ini menyaksikan tiga fokus melibatkan tiga komponen utama iaitu Penajaan Pelajar Diploma Kejururawatan.

"Pihak Cengild pula akan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak di bawah perjanjian yang telah ditetapkan, Latihan Klinikal dan Penggunaan Fasiliti Hospital.

"Pelajar akan mendapat pendedahan praktikal di hospital di bawah pengurusan Cengild bagi memastikan mereka memenuhi keperluan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan Penggunaan Identiti Jenama Hospital serta untuk tujuan promosi pengambilan pelajar dan pembangunan latihan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas Lincoln University College, pihaknya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab di bawah MoU ini akan memastikan pelajar mematuhi etika profesional semasa latihan klinikal.

Malah, Lincoln University College juga akan bekerjasama dengan Cengild dalam menyelaraskan jadual latihan serta menyimpan rekod akademik pelajar.

Di samping itu, Lincoln University College akan memastikan insurans mencukupi untuk melindungi pelajar dan staf semasa tempoh latihan klinikal.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Naib Presiden Kolej Universiti Hal Ehwal Korporat & Serantau Lincoln University College, Amin Mohd Shukor berkata, kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menjadikan Lincoln University College sebagai pusat kecemerlangan dalam menyediakan tenaga kejururawatan yang berkemahiran tinggi.

"Melalui gabungan pendidikan berkualiti dan pengalaman praktikal, kami yakin dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja sektor kesihatan negara.

"Sebagai rakan kongsi, Cengild komited untuk memastikan pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan berkualiti tetapi juga pengalaman industri yang relevan.

"Pusat perubatan ini akan memantau perkembangan akademik pelajar secara berkala dan menyediakan insurans bagi melindungi keselamatan awam dan liabiliti hospital sepanjang tempoh MoU," katanya.

Antara yang hadir pada majlis MoU itu ialah Ketua Pegawai Operasi Lincoln University, Aslin Hafiza Ali; Pengarah Klinikal & Kolaborasi Scholl Kejururawatan & Sains Kesihatan Gunaan, Razlyn Amieza Aron; Pengurus Sumber Manusia Pusat Perubatan Cenglid G.I, L Thilashiny dan Pengarah Kejururawatan, Ewe Boon Lay.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp