Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Radiografi Sedunia, peringkat KPJU secara atas talian.
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Radiografi Sedunia, peringkat KPJU secara atas talian.

Mahasiswa pengimejan perubatan terima manfaat sambutan Hari Radiografi Sedunia 2024

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
10 Dec 2024 08:15am

Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2024 di Universiti Healthcare KPJ (KPJU) berlangsung dengan meriah secara dalam talian dengan tema sambutan Promoting the Profession.

Acara anjuran Persatuan Pelajar Radiografi (Radsa) KPJU ini, berjaya menghimpunkan seramai 80 mahasiswa Program Pengimejan Perubatan peringkat diploma dan ijazah.

Sambutan Hari Radiografi disambut pada November setiap tahun bertujuan memperingati sejarah penemuan sinar-X oleh seorang saintis Barat, Sir Wilhelm Roentgen pada tahun 1895.

Sambutan ini juga bertujuan meraikan sumbangan profesion ahli radiografi, khususnya di Malaysia sambil meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang pentingnya bidang berkenaan dalam sektor penjagaan kesihatan.

No Image Caption

Majlis yang dirasmikan Dekan Fakulti Sains Kesihatan KPJU, Prof Madya Dr Khairiah Abdul Hamid, menekankan kepentingan peranan ahli radiografi dalam diagnosis dan rawatan pesakit, serta keperluan untuk memperkukuhkan jaringan antara mahasiswa dan ahli industri.

"Bidang radiografi bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya yang cerah, tetapi juga memberi peluang kepada ahlinya untuk membantu masyarakat dengan cara yang bermakna.

Artikel Berkaitan:

"Sambutan ini menunjukkan komitmen KPJU dalam menyokong perkembangan profesion disamping memastikan para mahasiswa dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri," kata beliau.

Untuk rekod, pengisian utama sambutan ini merupakan sesi 'Sembang Santai' yang diadakan bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi dari Persatuan Ahli Radiografi Malaysia (MSR) diwakili Mohammad Mudzakir Zainal Alam (Naib Presiden), Mohd Imran Mohd (Setiausaha Agong), dan Profesor Madya Dr Muhammad Khalis Abdul Karim (Editor Jurnal).

Sebahagian pensyarah dan mahasiswa Persatuan Pelajar Radiografi KPJU yang terlibat mengendalikan sambutan.
Sebahagian pensyarah dan mahasiswa Persatuan Pelajar Radiografi KPJU yang terlibat mengendalikan sambutan.

Sesi ini memberikan peluang kepada mahasiswa Pengimejan Perubatan KPJU untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin industri dan mendapatkan pandangan tentang perkembangan terkini dalam bidang radiografi.

"Adalah penting untuk mewujudkan jaringan antara mahasiswa dan ahli industri, terutama dalam bidang radiografi. Perkongsian ilmu serta pengalaman dengan para mahasiswa merupakan satu inisiatif dalam memastikan bidang ini terus berkembang.

"Mahasiswa-mahasiswa ini adalah generasi pelapis dalam bidang radiografi. Pemahaman mereka mengenai tugas serta tanggungjawab kepada masyarakat adalah sangat penting dalam meningkatkan mutu perkhidmatan ahli profesion ini," kata Mohammad Mudzakir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp