Wan Ahmad Mujahid (tengah, kiri) dan Nik Ahmad (tengah, kanan) berlepas ke Osaka, Jepun, pada Ahad untuk menjadi imam jemputan solat tarawih sempena Ramadan.
Wan Ahmad Mujahid (tengah, kiri) dan Nik Ahmad (tengah, kanan) berlepas ke Osaka, Jepun, pada Ahad untuk menjadi imam jemputan solat tarawih sempena Ramadan.

Mahasiswa USIM imam solat tarawih di Osaka, Jepun

12 Mar 2024 10:18am

Dua mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Qiraat Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi tanggungjawab menjadi imam solat tarawih di Osaka, Jepun sepanjang Ramadan 2024.

Mereka ialah Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam dan Nik Ahmad Nik Aziz yang kini menjalani latihan industri di Japan Dakwah Centre (JDC).

Difahamkan, kedua-duannya telah berlepas ke Jepun, pada Ahad untuk menjadi imam jemputan bagi solat tarawih di dua tempat secara penggiliran iaitu di JDC dan Osaka Islamic Centre.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani melahirkan rasa bangga kerana penuntutnya dipilih mengetuai solat tarawih di negara matahari terbit itu.

“Ia menunjukkan bahawa USIM mampu melahirkan mahasiswa berkelayakan dalam bidang pengajian Islam yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan falsafah USIM yang mengamalkan integrasi ilmu naqli dan aqli,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Mujahid berkata, peluang menjadi iman tarawih akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip ilmu dan pelbagai pengalaman hidup di sana.

“Doakan saya supaya dapat menggalas tugas ini dengan baik dan mendapat keredaan ALLAH SWT,” ujarnya.

Manakala Nik Ahmad pula mengharapkan agar dirinya sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH agar dapat berkhidmat dan berbakti untuk Islam sepanjang di negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Wan Ahmad Mujahid dan Nik Ahmad akan berada di Osaka selama 40 hari dan dijangka kembali ke Malaysia pada 20 April depan untuk menghabiskan latihan industri di Pusat Islam USIM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp