Pencapaian diraih adalah hasil usaha kolektif seluruh warga MassComm termasuk pensyarah berpengalaman, mahasiswa berdedikasi dan alumni yang terus menyerlah di pelbagai lapangan profesional.
Pencapaian diraih adalah hasil usaha kolektif seluruh warga MassComm termasuk pensyarah berpengalaman, mahasiswa berdedikasi dan alumni yang terus menyerlah di pelbagai lapangan profesional.

MassComm UiTM diumum fakulti terbaik di Malaysia & ke-7 Asia dalam bidang Perhubungan Awam

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Jun 2025 03:53pm

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MassComm), Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengukir kejayaan membanggakan apabila diumum sebagai fakulti terbaik di Malaysia dalam bidang Perhubungan Awam serta berjaya menempatkan diri di kedudukan ketujuh terbaik Asia dalam penarafan akademik terkini.

Kejayaan berprestij ini bukan sekadar angka atau statistik semata-mata, sebaliknya lambang kecemerlangan berterusan fakulti yang telah menjadi tunjang kepada perkembangan bidang komunikasi dan media di Malaysia sejak penubuhannya.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak fakulti, pencapaian diraih adalah hasil usaha kolektif seluruh warga MassComm termasuk pensyarah berpengalaman, mahasiswa berdedikasi dan alumni yang terus menyerlah di pelbagai lapangan profesional.

"Kedudukan ini mengiktiraf dedikasi dan inovasi warga fakulti dalam memperkasa ilmu komunikasi serta mencorak landskap perhubungan awam yang dinamik di peringkat serantau," jelas kenyataan itu.

Dengan pengiktirafan di peringkat Asia ini, UiTM kini lebih kukuh berdiri di pentas antarabangsa, membuktikan bahawa institusi pengajian tinggi tempatan mampu bersaing secara global dalam bidang-bidang strategik dan kritikal.

Lebih penting lagi, pencapaian berkenaan menjadi pemangkin kepada seluruh komuniti universiti untuk terus mencipta impak positif, memperkukuh identiti bangsa dan membina ekosistem akademik bertaraf dunia.

UiTM akan terus memperkukuh momentum kecemerlangan ini melalui pendekatan berteraskan nilai kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi global dan kepimpinan berwawasan dalam kalangan warganya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp