
Medan barisan kepimpinan masa depan - Zambry
Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) merupakan landasan penting dalam membentuk barisan pemimpin masa depan negara, sekali gus mencungkil dan merangsang bakat kepimpinan pelajar.
Ia turut menyediakan ruang untuk mereka mengasah potensi diri dalam pelbagai bidang terutama dalam kapasiti kepimpinan.
“Saya yakin di setiap IPT, sama ada universiti, politeknik mahupun kolej komuniti akan meneruskan program kepimpinan di kampus masing-masing.
“Di situlah kita dapat membina daya kepimpinan dan keseluruhan potensi yang ada dalam setiap mahasiswa dan mahasiswi kita,” kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Penganjuran ini bertujuan mengiktiraf sumbangan mahasiswa dan badan pelajar IPT, memupuk semangat nasionalisme, meningkatkan kebolehsaingan serta melahirkan pewaris kepimpinan negara.
ATSN kali ini menerima 246 penyertaan dari seluruh IPT termasuk universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dengan 75 calon berjaya ke peringkat akhir.
Ringkasan AI
- Anugerah Tokoh Siswa Negara merupakan platform penting untuk mencungkil bakat kepimpinan pelajar
- Ia menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengasah potensi dalam bidang kepimpinan
- Program kepimpinan diteruskan di setiap IPT termasuk universiti, politeknik, dan kolej komuniti
- Bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan pelajar, memupuk semangat nasionalisme, dan melahirkan pemimpin masa depan
- ATSN menerima 246 penyertaan dari IPT di Malaysia dengan 75 calon mencapai peringkat akhir