Mazliham (tiga dari kanan) dan Walid A.M. Abuali (empat dari kanan) bersama warga MMU serta delegasi dari Kedutaan Palestin.
Mazliham (tiga dari kanan) dan Walid A.M. Abuali (empat dari kanan) bersama warga MMU serta delegasi dari Kedutaan Palestin.

MMU lebar sayap ke Timur Tengah

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
27 Apr 2023 11:49am

Universiti Multimedia (MMU) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Al-Quds University dari Palestin bagi melaksanakan kerjasama dalam pembangunan program akademik dan pelajar.

Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, kedua-dua universiti akan mengadakan program pertukaran pelajar, program artikulasi, ijazah berkembar, program pasca siswazah dan aktiviti penyelidikan serta geran padanan melalui MoU terbabit.

"Kami yakin wilayah Timur Tengah mempunyai banyak potensi dan peluang untuk diterokai. Justeru, MMU berbesar hati dapat menjalin kolaborasi dengan rakan baharu, Al-Quds University.

"Kerjasama tersebut merangkumi program-program berkaitan teknologi termasuk bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta multimedia," katanya pada Majlis MoU bersama Al-Quds University di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Mazliham (tiga dari kanan) dan Walid A.M. Abuali (empat dari kanan) bersama warga MMU serta delegasi dari Kedutaan Palestin.
Mazliham (tiga dari kanan) dan Walid A.M. Abuali (empat dari kanan) bersama warga MMU serta delegasi dari Kedutaan Palestin.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Mazliham di kampus MMU Cyberjaya manakala Presiden Al-Quds University, Profesor Imad Abukishek melakukan perkara sama di pejabatnya di Palestin.

Ia disaksikan Duta Palestin ke Malaysia, Brunei dan Maldives, Walid A.M. Abuali dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Palestin, Dr Basri Saleh yang berada di lokasi masing-masing di Palestin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Naib Presiden Ekplorasi Pemasaran, Libat Urus dan Titik Sentuh MMU, Profesor Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid.

Mazliham berkata, perjanjian tersebut membolehkan MMU memperluaskan lagi peranan dalam bidang pendidikan berasaskan teknologi ke luar negara terutama ke negara Timur Tengah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp